suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ayob Khan tinggalkan Bukit Aman Ahad ini

Ayob membuat pengumuman persaraannya dalam Majlis Pelancarang Buku Biografinya pada Khamis.

TIMBALAN Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay bakal menamatkan perkhidmatannya dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ahad ini, selepas 35 tahun berbakti.

Selepas bersara, Ayob Khan berkata beliau mahu berehat seketika sebelum merancang untuk menghasilkan sebuah lagi buku.

Buku berkenaan bakal memuatkan kisah lebih terperinci mengenai operasi antikeganasan serta beberapa kes berprofil tinggi yang pernah dikendalikannya.

"Saya akan berehat dahulu. Selepas itu mungkin akan ada sebuah lagi buku yang ditulis dengan lebih terperinci, khususnya mengenai operasi-operasi yang saya terlibat dan boleh dikongsikan kepada orang ramai.

"Bagaimanapun, sebahagian bahan itu perlu dinyahklasifikasikan terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam buku," katanya kepada pemberita selepas pelancaran biografinya pada Khamis.

Menurutnya, buku Dari Pendang Ke Bukit Aman: Jejak Integriti berkenaan dijangka menghimpunkan pengalaman mengendalikan operasi sejak 1995 termasuk usaha membanteras keganasan serta siasatan melibatkan rangkaian militan antarabangsa.

Sepanjang perjalanan kerjayanya dalam PDRM, Ayob Khan pernah memegang beberapa jawatan penting antaranya Ketua Polis Johor, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), sebelum dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara pada Jun 2023.

Selepas menamatkan perkhidmatannya dalam PDRM, beliau berkata akan berehat terlebih dahulu sebelum mempertimbangkan perancangan lain.

Dalam masa sama, Ayob Khan tidak menolak kemungkinan menceburi bidang perniagaan dengan membuka sebuah restoran selepas persaraannya.

Artikel Lain