suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zahid nafi wujud ‘Langkah Bangkok’, ikrar kekal bersama Anwar hingga tamat penggal

Zahid menegaskan untuk kekal komited bersama Kerajaan Madani sehingga akhir penggal Parlimen ke-15.

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyangkal tuduhan kononnya beliau terlibat dalam gerakan 'Langkah Bangkok' bagi menjatuhkan Kerajaan Madani pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Ahmad Zahid, pelbagai dakwaan dan spekulasi terus dimainkan pihak tertentu, namun menegaskan perkara itu tidak berasas.

Perkara berkenaan ditegaskan selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan antara Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah bersama Exco-Exco Luar Bandar (Mexclub) di Hotel Bahang Bay, Pulau Pinang pada Khamis.

"Saya tidak ada niat langsung ke arah itu. Tidak ada 'Langkah Bangkok', 'Langkah Dubai' atau apa sahaja langkah seumpamanya.

"Kami tetap teguh dan komited untuk terus bersama kerajaan perpaduan berdasarkan titah Yang di-Pertuan Agong.

"Kami juga komited untuk kekal sehingga akhir penggal Parlimen ke-15," katanya pada sidang media berkenaan.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, tidak seharusnya timbul sebarang keraguan terhadap komitmen (gabungan) itu.

"Biarlah orang hendak berkata apa sekalipun. Yang penting, kita mesti terus bersatu bagi memastikan kestabilan politik negara dan keikhlasan kita dalam perkara ini," katanya. -The Star

Artikel Lain