suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] “PM tak berani pecat... Bergaduh dengan Umno dan GPS, kerajaan boleh tumbang” – Ahmad Maslan

Ahmad memberi amaran kepada PH agar tidak mencari gaduh dengan Umno dan GPS.

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan berani memecat atau meminta Ahli Parlimen Umno dalam kabinet meletakkan jawatan.

Menurutnya, ini berikutan parti itu mempunyai 30 kerusi Parlimen di dalam Kerajaan Perpaduan.

“Perdana Menteri tak akan berani untuk memecat kami dan tidak akan berani meminta kami meletakkan jawatan. Nak tahu kenapa? Umno ada 30 kerusi.

“Kalau Johor dimarah kerana tidak menyokong Pakatan Harapan (PH), marahlah.

“Kalau Umno menang di Negeri Sembilan, kemudian Melaka dan tidak bersama PH, marahlah Umno," katanya dalam satu ceramah [Tonton Video] di Negeri Sembilan.

Jelasnya, walaupun Umno dimarahi atau berdepan konflik politik ketika Pilihan Raya Negeri (PRN), kerajaan masih mampu berdiri sekiranya parti itu menarik diri.

Namun, situasi kerajaan boleh berubah sekiranya berlaku pertelagahan dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS), yang mempunyai 23 kerusi Parlimen.

Ahmad berkata, gabungan 30 kerusi Umno dan 23 kerusi GPS menjadikan jumlah keseluruhan 53 kerusi, sekali gus memberi kesan besar terhadap kedudukan Kerajaan Persekutuan yang kini mempunyai 151 kerusi.

“Kalau bergaduh dengan Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) yang ada 30 kerusi dan seorang lagi Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Fadillah Yusof) yang ada 23 kerusi, 30 campur 23 jadi 53.

“151 tolak 53, tinggal 98. Ada berani? Ada PMX berani nak marah kami? Ada PMX berani meminta kami meletakkan jawatan? Saya yakin tidak berani,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad berkata Umno telah menandatangani perjanjian untuk terus menyokong Kerajaan Perpaduan sehingga tamat penggal.

“Kami telah menandatangani perjanjian dan akan menyokong Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal. Kami tidak akan memungkiri janji itu.

“Tetapi kalau tidak suka kami, pecatlah kami. Jangan hanya kami yang dipecat, semua yang tidak menyokong PMX juga perlu dipecat,” katanya.

Ahmad turut memberi peringatan kepada penasihat Perdana Menteri supaya mengambil kira kemungkinan perubahan sokongan politik sekiranya berlaku pertelagahan dengan Sarawak.

“Apabila Sarawak bersama Umno, kerajaan ini tidak boleh lagi berdiri. Itu peringatan saya kepada penasihat-penasihat PMX. Tolong sampaikan nasihat ini,” katanya.

Artikel Lain