Anwar ketika berucap di Ceramah Jelajah Kekal Harapan di Negeri Sembilan. Foto Facebook Anwar Ibrahim
KERAJAAN akan menaikkan kadar Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam masa terdekat sebagai usaha membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu diambil selepas kerajaan mengambil kira maklum balas dan rintihan rakyat walaupun pelbagai bentuk bantuan telah disalurkan sebelum ini. "Insya-Allah dalam masa terdekat, kita akan naikkan SARA untuk rakyat semua," katanya ketika berucap pada Ceramah Jelajah Kekal Harapan di Senawang, Negeri Sembilan pada Rabu malam.ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan teliti tambah bantuan Sara jika ekonomi mengizinkan - AnwarAnwar berkata, sepanjang lebih tiga tahun Kerajaan MADANI mentadbir Negara, pelbagai inisiatif diambil bagi mengurangkan beban rakyat tetapi pihak tertentu tetap 'menyerang' dengan sentimen politik."Saya kata walaupun bagi STR (Sumbangan Tunai Rahmah), SARA, Datuk Seri Aminuddin (di Negeri Sembilan) bagi bonus tinggi (kepada penjawat awam) tapi adakah selesai masalah? Belum."Bila saya bincang sebulan lalu, saya umumkan di Perak. Saya kata oleh kerana masalah rakyat masih ada, kita dengar, dan kita tahu," katanya.Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu pada 19 Julai ketika di Ipoh berkata kerajaan akan terus memperhalusi kemungkinan meningkatkan jumlah bantuan untuk rakyat termasuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR), SARA jika keadaan ekonomi negara mengizinkan.Anwar berkata perkara itu telah dibincangkan bersama dengan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Johan Mahmood Merican dan akan dipertimbangkan dalam pembentangan Belanjawan.