BALU kepada penghantar makanan, Amirul Hafiz Omar, 33, yang maut selepas dirempuh sebuah kereta dipandu individu dipercayai berada di bawah pengaruh dadah di Jalan Raya Barat, Klang, dijangka memfailkan saman sivil berjumlah RM1 juta terhadap tertuduh Ogos ini.Peguam Nur Iffah Hizwani Omar berkata, writ saman dan penyata tuntutan telah disediakan bagi pihak Nor Nadia Abdul Majid, 32, namun masih menunggu Surat Kuasa Mentadbir dikeluarkan sebelum difailkan. Menurutnya, permohonan Surat Kuasa Mentadbir yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dijangka diputuskan pada 28 Julai ini sebelum pihak peguam mendapatkan dokumen berkaitan pendapatan sampingan arwah daripada sebuah syarikat e-hailing.Katanya, rekod pendapatan sampingan itu diperlukan bagi menentukan jumlah tuntutan yang akan dinyatakan dalam penyata tuntutan sebelum saman difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam."Setakat ini saya telah menerima arahan daripada anak guam untuk menuntut ganti rugi sebanyak RM1 juta.Pemergian Amirul Hafiz meninggalkan kesan mendalam buat isteri serta anak-anaknya.“Jika tiada sebarang halangan, writ saman dan penyata tuntutan dijangka difailkan pada Ogos ini," katanya ketika ditemui media di Kompleks Mahkamah Klang pada Rabu.Sementara itu, Nor Nadia berkata, dia kini memikul tanggungjawab yang sebelum ini digalas suaminya selepas hampir empat bulan berdepan kehilangan insan tersayang."Selepas tiga bulan barulah saya benar-benar rasa sedih dan kehilangan itu. Sebelum ini saya rasa macam suami hanya keluar bekerja seperti biasa.“Sekarang baru saya sedar rasa rindu dan kehilangan itu semakin berat," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: “Saya nak nyawa dibalas nyawa” - Isteri Amirul Hafiz mangsa pemandu mabuk tuntut keadilan untuk arwah suamiARTIKEL BERKAITAN: Isteri mangsa pemandu mabuk kongsi detik hadiahkan Amirul Hafiz motosikal... Arwah jalankan tanggungjawab tanpa mengeluh ARTIKEL BERKAITAN: [V] Melambung jatuh atas kereta, penunggang motosikal maut dirempuh pemandu mabukMenurutnya, perasaan sedih itu semakin kuat setiap kali melihat anak-anak kerana mereka mengingatkannya kepada pengorbanan arwah yang saban hari menghantar dan mengambil mereka dari sekolah."Setiap kali tengok anak-anak saya jadi sedih. Saya teringat bagaimana suami bekerja keras membesarkan mereka.“Setiap pagi dia hantar mereka ke sekolah dan tengah hari dia akan ambil mereka supaya dapat makan bersama.“Hujan atau panas, dia tak pernah gagal menjemput mereka. Kini saya pula mengambil alih tanggungjawab itu," katanya.Pada 1 April lalu, R. Saktygaanapathy, 28, didakwa di Mahkamah Majistret Klang mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas pertuduhan membunuh Amirul Hafiz pada 29 Mac di Jalan Raya Barat.Tiada pengakuan direkodkan bagi pertuduhan membunuh itu kerana kes berkenaan berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.Tertuduh kemudiannya mengaku tidak bersalah pada 3 Jun terhadap pertuduhan pindaan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memasukkan tetrahydrocannabinol (THC) ke dalam badannya. - The Star.