suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sedih maklumat peribadi bocor... Khairul Aming buat laporan polis, hantar LOD kepada Maxis

Khairul Aming sedih maklumat peribadinya tersebar di alam maya.

PEMPENGARUH dan usahawan terkenal, Khairul Aming menghantar surat tuntutan (LOD) terhadap syarikat syarikat telekomunikasi Maxis susulan dakwaan kebocoran maklumat peribadinya.

Dalam satu kenyataan ringkas di media sosial pada Rabu, pengusaha Restoran Rembayung itu berkata dia juga sudah membuat laporan kepada pihak berkuasa berkaitan.

"Peguam saya telah pun hantar LOD kepada Maxis. Laporan rasmi dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

"Laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk buka siasatan ke atas pelaku. 

"Laporan kebocoran data telah dibuat kepada Sistem Perlindungan Data Peribadi (SPDP)," tulisnya menerusi hantaran di Threads.

Dalam pada itu, Khairul Aming turut meluahkan rasa sedih apabila ada pihak yang sewenang-wenangnya mencabul data peribadi miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: "Ini data peribadi saya" - Individu dedah tunggakan bil telefon di Threads, Khairul Aming minta penjelasan pihak telco

"Peguam-peguam saya akan ambil alih kes ini sehingga selesai. Sejujurnya rasa sedih dan seram sebab semudah itu je privasi hidup boleh hilang.

"Maklumat telefon, sejarah pembayaran, langganan sehinggalah nombor MyKad boleh akses MySara, semuanya bocor," luahnya lagi.

Isnin lalu, mStar melaporkan seorang pengguna media sosial meraih perhatian ramai selepas mendedahkan jumlah tunggakan bil telefon Khairul Aming.

Pengguna terbabit mendakwa akaun telefon KA mempunyai tunggakan sebanyak RM498 dan turut mengulas mengenai penggunaan kredit prabayar serta pembelian digital pada akaun tersebut.

Susulan penularan maklumat peribadi itu, Khairul Aming pada Isnin meminta penjelasan daripada Maxis mengenai bagaimana maklumat berkaitan akaun telefon miliknya boleh tersebar.

Artikel Lain