suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nasib golongan pesawah terus terbela, Agrobank lancar Agro Padi-i Salam

Gimik pelancaran Agro Padi-i Salam yang disempurnakan oleh Senator Dr. Zulkifli Hasan sambil disaksikan oleh Tengku Ahmad Badli Shah.

AGROBANK memperkenalkan Agro Padi-i Salam, sebuah kemudahan pembiayaan patuh Syariah yang direka khusus bagi membantu pesawah membiayai kos operasi penanaman padi secara lebih sistematik, mampan dan inklusif. 

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, pihaknya berbangga menjadi institusi kewangan pertama di Malaysia yang memperkenalkan pembiayaan berasaskan kontrak Bai' Salam khusus untuk pesawah.

"Inovasi ini mencerminkan komitmen kami untuk menerajui penyelesaian kewangan yang memenuhi keperluan sebenar sektor pertanian, di samping memperluaskan akses kepada pembiayaan patuh Syariah untuk komuniti pesawah.

"Melalui Agro Padi-i Salam, kami berharap dapat membantu pesawah memperoleh akses pembiayaan yang lebih mudah bagi mengurus kos operasi penanaman, sekali gus meningkatkan produktiviti dan pendapatan mereka," ujarnya dalam satu kenyataan pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Niat nak buat korban tapi duit selalu tak cukup? Agrobank lancar tabung khas Agro Korban-i, boleh mula simpan serendah RM20

Melalui Agro Padi-i Salam, pesawah boleh mendapatkan pembiayaan bermula daripada RM1,000 sehingga RM50,000, bergantung kepada keluasan kawasan tanaman dan kos sebenar penanaman. 

Tempoh pembiayaan yang ditawarkan adalah sehingga enam bulan bagi setiap musim penanaman, dengan kemudahan yang boleh diperbaharui sehingga lima tahun. 

Selain itu, pembiayaan ini tidak memerlukan cagaran atau penjamin individu, sekali gus memudahkan akses kepada pembiayaan bagi golongan pesawah yang layak.

Pesawah individu berusia antara 18 hingga 70 tahun pada tarikh matang pembiayaan layak memohon kemudahan itu.

Agrobank berkata, pembiayaan berkenaan mengisi jurang pembiayaan yang dihadapi pesawah dengan membolehkan mereka memperoleh modal kerja lebih awal berdasarkan hasil tuaian akan datang, sekali gus menyokong kelangsungan penanaman padi.

Selain itu, sebagai Institusi Kewangan Pembangunan (DFI) yang diberi mandat memajukan sektor pertanian dan agromakanan, Agrobank terus memperkenalkan penyelesaian kewangan yang inovatif, inklusif dan berlandaskan prinsip Syariah bagi memenuhi keperluan komuniti pertanian yang semakin berkembang.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Agro Padi-i Salam boleh mengunjungi mana-mana cawangan Agrobank di seluruh negara atau melayari laman sesawang rasmi Agrobank.

Artikel Lain