suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Ramai susah sebut PN-BN” - Hamzah cadang guna nama ‘PBN’ di Negeri Sembilan, elak pengundi keliru

Hamzah ketika berucap di Ceramah Kebangkitan Gelombang Biru PN-BN Parlimen Tampin pada Selasa.

PERIKATAN Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) dicadangkan supaya menggunakan nama rasmi Perikatan Barisan Nasional (PBN) bagi menghadapi saingan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan akan datang.

Presiden Parti Wawasan Negara (Wawasan), Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, penggunaan nama itu bagi mengelak kekeliruan dalam kalangan rakyat berhubung kerjasama kedua-dua gabungan politik berkenaan.

“Kita mahu namakan ini supaya orang tidak keliru lagi. Kita di Negeri Sembilan bermula dengan Perikatan Barisan Nasional (PBN). Ramai orang susah menyebut PN-BN, jadi PBN sahaja.

"Namun, perkara paling penting bukan nama itu, tetapi jiwa kebersamaan kita dalam menentukan masa depan Negeri Sembilan,” katanya.

Hamzah berkata demikian selepas Program Ceramah Perdana Pengenalan Calon BN-PN Parlimen Tampin di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Felda Bukit Rokan di Tampin, Negeri Sembilan pada malam Selasa.

Hamzah berkata, gabungan berkenaan boleh menggunakan apa juga nama, namun kesepakatan antara parti-parti terlibat perlu menjadi keutamaan dalam usaha membentuk kerajaan baharu di negeri itu.

“Kita boleh namakan apa sekalipun. Gelombang yang kita nampak hari ini lebih jelas, iaitu gelombang biru menentang gelombang merah.

“Sekiranya biru menjadi pilihan majoriti rakyat, insya-Allah kita akan mengambil alih kerajaan Negeri Sembilan,” katanya.

Hamzah turut menegaskan bahawa PN sejak awal bersetuju supaya BN menerajui gabungan dan kerajaan negeri sekiranya PBN memperoleh mandat rakyat.

 

Artikel Lain