suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Calon PSM tawar pencen bulanan RM500 untuk warga emas... Nak guna hasil nadir bumi bantu rakyat

Calon PSM, S Tinagaran (tiga,kiri) melancarkan manifesto untuk pengundi DUN Rahang, pada Selasa. -Foto The Star

PEMBERIAN pencen bulanan sebanyak RM500 kepada setiap warga emas berusia 65 tahun ke atas menjadi antara lima janji utama yang ditawarkan calon tunggal Parti Sosialis Malaysia (PSM), S. Tinagaran.

Calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rahang itu berkata, bantuan bulanan berkenaan wajar disalurkan kepada semua warga emas kecuali pesara kerajaan bagi membantu mereka menampung peningkatan kos sara hidup.

"Kerajaan negeri sering maklumkan kedudukan kewangan yang kukuh dengan simpanan mencecah RM1.3 bilion, selain mencatat rekod pelaburan baharu tertinggi pada tahun lalu.

"Jika begitu, mengapa kita tidak boleh bantu warga emas dengan memberikan sedikit bantuan tunai setiap bulan supaya mereka dapat menjalani kehidupan yang lebih selesa?" katanya ketika melancarkan manifesto di pejabat PSM Negeri Sembilan pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas pegawai polis kanan tak gentar cabar ‘otai’ politik di Sikamat, yakin ada peluang menang

Lebih dikenali sebagai Cikgu Tina, calon berusia 49 tahun itu berkata ketika ini kerajaan negeri hanya memberikan sumbangan sebanyak RM200 setahun kepada warga emas yang disifatkannya tidak mencukupi.

"Berdasarkan laporan media, kerajaan negeri dijangka memperoleh hasil sebanyak RM18 juta daripada fasa pertama perlombongan unsur nadir bumi.

"Mengapa hasil ini tidak digunakan untuk membantu warga emas?" katanya.

Antara yang turut dijanjikan dalam manifestonya menjelang PRN Negeri Sembilan pada 1 Ogos ini adalah penubuhan pusat sehenti bagi membantu pekerja yang berdepan masalah berkaitan pekerjaan.

Dia juga berjanji untuk menubuhkan majlis perundingan komuniti di kawasan perumahan terpilih bagi memantau pelaksanaan kerja-kerja oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) serta memperjuangkan isu banjir dan keperluan sistem perparitan yang lebih baik.

Selain itu juga, penubuhan pusat tuisyen percuma untuk kanak-kanak daripada keluarga B40 dan menambah baik perkhidmatan pengangkutan awam serta menyediakan kemudahan sukan awam yang lebih lengkap di kawasan berkenaan.

DUN Rahang menyaksikan saingan empat penjuru antara Cikgu Tina dengan penyandang daripada Pakatan Harapan (PH), Siau Meow Kong; calon Barisan Nasional (BN), Yap Siok Moy dan calon Bersatu, Tang Jay Son.

Pada Pilihan Raya Negeri 2023, Siau mempertahankan kerusi DUN Rahang selepas menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Lee Boon Shian, dengan majoriti 6,432 undi.

Kerusi DUN Rahang mempunyai seramai 19,715 pengundi berdaftar. -The Star

Artikel Lain