BEKAS Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Razali Abu Samah tidak gentar berdepan dua calon yang lebih berpengalaman bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.Razali yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) berkata dia menghormati kedua-dua pencabarnya, namun percaya keputusan pilihan raya tidak ditentukan berdasarkan pengalaman semata-mata. "Pada pandangan saya, pilihan raya bukan bergantung kepada siapa diri anda, sebaliknya idea serta penyelesaian yang mampu ditawarkan kepada rakyat."Dengar dengan teliti keluhan rakyat. Jangan tabur janji yang sukar ditunaikan, sebaliknya jelaskan bagaimana kita boleh membantu menyelesaikan masalah mereka," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: “Kita berlawan dengan kawan, ini pilihan raya ‘complicated’” - Mat SabuRazali yang bersara daripada pasukan polis tiga tahun lalu berdepan pertandingan tiga penjuru menentang calon Pakatan Harapan (PH), Nor Azman Mohamad dan Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz.Kerusi DUN Sikamat sebelum ini disandang selama empat penggal oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, yang kali ini bertanding di kerusi DUN Linggi.Anak kelahiran Jelebu itu berkata, dorongan daripada rakan-rakan menjadi antara faktor utama yang mendorongnya untuk menceburi bidang politik dan menawarkan diri sebagai calon."Sikamat berada di bawah penguasaan parti lain sejak 2008, tapi dengan sokongan jentera pilihan raya PAS dan Umno, saya yakin ada peluang untuk menang," ujarnya.Mengulas mengenai strategi kempennya, Razali bagaimanapun enggan mendedahkan perancangan yang telah disusun.Namun tambahnya, pengalaman luas dalam bidang penguatkuasaan undang-undang diyakini mampu dimanfaatkan untuk kerjaya politiknya. -The Star