TIGA individu maut selepas lori yang mereka naiki merempuh sebuah treler diparkir di tepi jalan di Lebuhraya Timur Barat, awal pagi Selasa.Dalam kejadian kira-kira pukul 4.15 pagi itu, ketiga-tiga mangsa yang dikenali sebagai Norazeman Abdul Aziz, 42, Mohd Haikal Hanifah, 29, dan Mohammad Zakwan Mohd Nor,16, maut di lokasi kejadian akibat tersepit. Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Mat Nuri Mohamad berkata, kemalangan itu melibatkan sebuah lori lima tan membawa bekalan ayam dan sebuah treler. Ketiga-tiga mangsa berkenaan merupakan pemandu dan kelindan lori yang membawa ayam. Mangsa yang maut telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.