suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

"Ini data peribadi saya" - Individu dedah tunggakan bil telefon di Threads, Khairul Aming minta penjelasan pihak telco

KA meminta agar pihak telekomunikasi tampil beri penjelasan mengenai hal kebocoran maklumat peribadinya.

PEMPENGARUH dan usahawan terkenal, Khairul Aming meluahkan rasa kurang senang selepas mendakwa maklumat berkaitan bil telefon peribadinya didedahkan kepada umum oleh individu tidak dikenali.

Menerusi perkongsian di aplikasi Threads pada Isnin, Khairul Amin Kamarulzaman atau lebih dikenali sebagai KA meminta penjelasan daripada syarikat telekomunikasi Maxis mengenai bagaimana maklumat berkaitan akaun telefon miliknya boleh tersebar.

"Mohon penjelasan daripada Maxis macam mana personal phone bill saya boleh leak (bocor)," tulisnya.

Perkongsian itu dibuat selepas seorang pengguna media sosial mendakwa mengetahui jumlah tunggakan bil telefon KA, selain memberikan butiran mengenai status akaunnya.

Pengguna terbabit mendakwa akaun telefon KA mempunyai tunggakan sebanyak RM498 dan turut mengulas mengenai penggunaan kredit prabayar serta pembelian digital pada akaun tersebut.

"Teringin nak bagitahu KA dia ada overdue bil RM498. Agak-agak dia perasan ke tak tu banyak sangat akaun kan. Nanti line kena barred.

"Jumlah RM2,000 jika bayar untuk setahun pun, kalau ada add on digital purchase sampai RM400 lebih memang tak cukup la," tulis pengguna berkenaan.

Bagaimanapun, KA menjelaskan jumlah tunggakan itu bukan isu utama kerana dia sememangnya membuat bayaran bil lebih awal untuk beberapa bulan akan datang.

"Tak perlu beritahu sebab ini hal peribadi saya. Saya memang bayar bil in advance untuk beberapa bulan ke depan, tak perasan dah drained balance.

"Tapi yang jadi creepy macam mana awak boleh tahu info bil Maxis saya ni sampai post ke public? Ini personal data saya," katanya.

Perkongsian tersebut mengundang perhatian ramai pengguna media sosial yang turut mempersoalkan kemungkinan berlakunya kebocoran maklumat pelanggan sekiranya dakwaan itu benar.

"Tiba masanya untuk menguji akta perlindungan data peribadi. KA sila saman kaw kaw ya. Data peribadi tak boleh dibuat main.

"Ni bukan isu jumlah tunggakan KA. Ni isu betapa mudahnya orang bocorkan PDPA kita di media sosial. 

"Zaman sekarang ramai yang kerja bagus tapi otak tak reti nak uruskan benda personal and confidential. Terpaling nak share info," komen beberapa netizen.

Setakat ini, Maxis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung dakwaan yang dibangkitkan oleh KA.

Artikel Lain