suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mayat wanita ditemukan terapung dalam sungai, tangan dan kaki dalam keadaan berikat

Mayat yang diikat kaki dan tangan itu dijumpai terapung dalam sungai.

MAYAT seorang wanita yang masih belum dikenal pasti identitinya ditemukan terapung di Sungai Tanjung Serindit, Ulu Papan, Pengerang, Johor sekitar pukul 9 malam pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, mangsa yang dijumpai dalam keadaan kedua-dua tangan dan kakinya diikat dengan tali itu dipercayai menjadi mangsa pembunuhan.

"Siasatan awal mendapati mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. 

"Bagaimanapun, identiti mangsa masih belum dikenal pasti manakala punca kematian masih dalam siasatan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Yusof berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Susulan itu, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Pasir Gudang untuk dibedah siasat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian atau mempunyai ahli keluarga yang dilaporkan hilang diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintenden Noor Azizi Indzam di talian 013-787 8771 atau Hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi di talian 07-883 1222. -The Star

 

Artikel Lain