suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dataran Merdeka ‘dibanjiri’ sampah selepas aksi final Piala Dunia, netizen selar peminat bola jenis ‘tiada’ otak!

Keadaan Dataran Merdeka yang dipenuhi sampah.

KEADAAN Dataran Merdeka yang dipenuhi sampah sarap selepas aksi final Piala Dunia 2026 antara Sepanyol dan Argentina pada pagi Isnin mencetuskan rasa kecewa dalam kalangan warga kota.

Perkara itu meraih perhatian ramai selepas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memuat naik beberapa foto memaparkan keadaan padang bersejarah itu selepas berakhirnya Piala Dunia 2026.

"Sedih melihat keadaan Dataran Merdeka selepas aksi final Piala Dunia 2026 antara Sepanyol dan Argentina. 

"Awal pagi tadi, ribuan orang berhimpun untuk bersorak, meraikan bola sepak dan berkongsi kegembiraan. 

DBKL menggesa orang ramai agar lebih bertanggungjawab.

"Namun apabila sorakan berakhir, padang bersejarah ini ditinggalkan dalam keadaan dipenuhi sampah sarap," tulis pengendali Facebook rasmi DBKL.

Menerusi hantaran sama, DBKL turut mengingatkan orang ramai untuk sentiasa menjaga Dataran Merdeka yang dianggap sebagai simbol dan maruah negara.

"DBKL akan membersihkannya. Petugas kami akan turun mengutip apa ditinggalkan tetapi kebersihan Kuala Lumpur tidak seharusnya sentiasa bergantung pada orang lain yang datang membersihkan selepas kita pulang.

"Dataran Merdeka ialah lambang maruah dan sejarah negara. Cara kita meninggalkannya mencerminkan cara kita menghargainya. Kita boleh meraikan dengan meriah. Kita boleh bersorak sepuasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Penantian 16 tahun berakhir, Sepanyol muncul juara Piala Dunia 2026

"Tetapi kebebasan untuk bergembira tidak pernah bermaksud kebebasan untuk mengotorkan ruang milik bersama," tulis DBKL lagi.

Hantaran berkenaan turut menerima ribuan komen netizen yang menyelar tindakan membuang sampah merata-rata. 

"Teruk betul biar sampah macam tu. Dalam ramai-ramai tu semua tertinggal akal ke?

"Mentaliti masih lagi dalam dunia ketiga. Macam mana nak maju? Dah nak masuk Ogos, bulan Merdeka, tapi perangai macam orang tak ada sivik," tulis netizen lagi.

Artikel Lain