suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] “Kita berlawan dengan kawan, ini pilihan raya ‘complicated’” - Mat Sabu

Mohamad berucap ketika Majlis Pengumuman Calon Pakatan Harapan pada Selasa.

PRESIDEN Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu menyifatkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan sebagai pilihan raya yang agak kompleks apabila parti-parti politik berdepan situasi melibatkan rakan dan lawan.

Menurutnya, terdapat keadaan apabila sesebuah parti terpaksa berlawan dengan rakan sendiri, manakala rakan berkenaan pula mempunyai hubungan dengan musuh politik.

“Kita tahu dalam pilihan raya ini, kita berlawan dengan kawan. Ini masalah.

“Kita berlawan dengan kawan, kawan kita pula berkawan dengan musuh politik kita. Ertinya, satu pilihan raya yang complicated,” katanya menerusi perkongsian di Facebook pada Ahad.

Bagaimanapun, Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, rakyat Negeri Sembilan tidak berdepan kekeliruan untuk membuat pilihan pada 1 Ogos ini.

“Tetapi rakyat Negeri Sembilan tidak complicated. Mereka tahu mereka akan memilih Pakatan Harapan pada 1 Ogos nanti,” katanya [Tonton Video].

Beliau turut memuji pentadbiran Negeri Sembilan yang disifatkannya berjalan lancar tanpa isu penyelewengan atau penindasan melampau.

“Di sini kita tahu pentadbiran Negeri Sembilan berjalan dengan lancar. Tidak ada kesombongan yang melampau dan tidak ada kita dengar penindasan berlaku terhadap pihak-pihak tertentu.

“Ia berjalan dengan lancar dan diterima oleh rakyat Negeri Sembilan dengan sebaiknya,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamad berkata Amanah akan terus membawa pendekatan Islam rahmatan lil alamin, iaitu Islam untuk semua.

“Kita tidak mahu memainkan isu perkauman walaupun ia ditonjolkan bertubi-tubi. Kita tetap bersifat fastabikul khairat, berlumba-lumba untuk mencapai kebaikan,” katanya.

 

Artikel Lain