suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak sampai 3 jam tamatkan larian, Syed Saddiq tunai janji! Terus agih bantuan kepada penduduk Muar

Ribuan warga Muar menyambut Syed Saddiq pada pagi Ahad.

AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak menunggu lama apabila terus turun padang bertemu masyarakat kurang tiga jam menamatkan larian sejauh hampir 170 kilometer dari Putrajaya pada Ahad.

Syed Saddiq menamatkan larian itu kira-kira pukul 9.15 pagi sebelum mengagihkan 1,000 bakul makanan, 51 iPad dan biasiswa pendidikan berjumlah RM61,400 pada pukul 12 tengah hari.

Malah, wakil rakyat dari parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) itu juga akan mengagihkan bantuan kedua dalam terdekat selepas kutipan Misi Larian Kesyukuran dari Putrajaya ke Muar melepasi sasaran.

“Hari Isnin kena buat pesanan kedua sebab sudah jauh melangkaui sasaran RM200,000.

“Saya akan kemas kini jumlah keseluruhan malam ini, termasuk bukti resit dan perancangan masa depan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kutipan dana Syed Saddiq cecah RM361,848 hari kedua larian ke Muar, jauh lepasi sasaran asal

“Maaf tak cukup tangan sebab satu pasukan sedang sibuk menguruskan hal bantuan,” katanya menerusi perkongsian pada Ahad.

Pada Khamis lalu, Syed Saddiq memulakan Misi Larian Kesyukuran dari Istana Kehakiman di Putrajaya menuju ke Muar sebagai tanda kesyukuran selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan membebaskannya daripada empat pertuduhan berkaitan salah guna kuasa dan pecah amanah.

Pada hari pertama larian, Syed Saddiq memaklumkan sebanyak RM54,692 berjaya dikumpulkan hasil sumbangan orang ramai.

Jumlah itu kemudian meningkat RM361,848 hanya selepas dua hari beliau berlari.

Misi berkenaan pada asalnya menyasarkan kutipan RM200,000 dalam tempoh empat hari bagi membantu anak-anak serta penduduk di Parlimen Muar menerusi pelbagai inisiatif kebajikan.

Artikel Lain