suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aminuddin yakin langkah ke Linggi mampu tambah kemenangan PH

Aminuddin sebelum ini mewakili DUN Sikamat selama empat penggal. -Foto Bernama

MENTERI Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun yang membuat penampilan sulung di DUN Linggi menyifatkan keputusan bertanding di kerusi berkenaan adalah bagi membantu memastikan kemenangan berpihak kepada Pakatan Harapan (PH).

Menurut Aminuddin, langkah itu bertujuan membantu PH menambah jumlah kerusi yang dimenangi sekali gus memperoleh mandat lebih kukuh untuk terus mentadbir Negeri Sembilan.

Untuk rekod, Aminuddin sebelum ini mewakili DUN Sikamat selama empat penggal.

Aminuddin yang juga Pengerusi PH Negeri Sembilan bakal dicabar oleh penyandang kerusi berkenaan daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Faizal Ramli serta calon Perikatan Nasional (PN) mewakili Bersatu, Datuk Zamri Md Said.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023, Faizal berjaya mempertahankan kerusi DUN Linggi selepas menewaskan pencabarnya dengan majoriti 1,461 undi. -The Star

Artikel Lain