suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Empat muka baharu dalam barisan Exco Johor

Onn Hafiz menegaskan pelantikan exco tersebut bukanlah satu keistimewaan, sebaliknya tanggungjawab berat untuk berkhidmat kepada rakyat.

EMPAT muka baharu ditampilkan dalam barisan baharu ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (Exco) Johor yang diumumkan pada Sabtu.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan empat muka baharu tersebut adalah Hasrunizah Hassan (Pulai Sebatang), Dr Naqib Ghazali (Panti), Md Israk Abdullah (Kukup) dan P. Pannir Selvam (Perling).

Manakala enam exco daripada penggal sebelum ini dikekalkan iaitu Datuk Mohd Jafni Md Shukor (Bukit Permai), Mohd Hairi Mad Shah (Larkin), Mohd Fared Mohd Khalid (Semerah), Ling Tian Soon (Yong Peng), Lee Ting Han (Paloh) dan Mohamad Fazli Mohamad Salleh (Bukit Pasir).

Onn Hafiz menegaskan pelantikan exco tersebut bukanlah satu keistimewaan, sebaliknya merupakan tanggungjawab berat untuk berkhidmat kepada rakyat.

“Saya mengingatkan mereka bahawa tiada tempoh bulan madu.

“Mandat yang diberikan oleh rakyat perlu diterjemahkan kepada perkhidmatan yang lebih cekap bagi memastikan kita lebih fokus kepada agenda Maju Johor 2030 kerajaan negeri,” katanya dalam sidang media di kediaman rasmi Menteri Besar di Saujana, Johor Bahru pada Sabtu. 

Sebelum itu, kesemua barisan exco berkenaan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail di Istana Bukit Serene.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 pada 11 Julai lalu, Onn Hafiz mengetuai Barisan Nasional (BN) mencapai kemenangan besar dengan memenangi 48 daripada 56 kerusi dipertandingkan.

Beliau mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar bagi penggal kedua pada keesokan harinya.

Berikut adalah portfolio exco yang diumumkan:

1. Datuk Mohd Jafni Md Shukor - Perumahan dan Kerajaan Tempatan

2. Mohd Hairi Mad Shah - Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi

3. Mohd Fared Mohd Khalid - Hal Ehwal Agama Islam

4. Ling Tian Soon - Kesihatan dan Alam Sekitar

5. Lee Ting Han - Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia

6. Mohamad Fazli Mohamad Salleh - Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi

7. Hasrunizah Hassan - Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

8. Md Israk Abdullah - Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Luar Bandar

9. Dr Naqib Ghazali - Pendidikan dan Penerangan

10. P. Pannir Selvam - Perpaduan, Warisan dan Kebudayaan. - The Star

Artikel Lain