SATU gempa bumi sederhana dengan ukuran 5.4 pada skala ritcher dikesan berlaku di Laut Sulawesi pada Sabtu.Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa bumi itu berlaku pada pukul 10.23 pagi. MetMalaysia memaklumkan pusat gempa tersebut berlaku di kedudukan 4.5 darjah Utara dan 124.9 darjah Timur, pada kedalaman 10 kilometer (km) kira-kira 199km di barat Pulau Talaud, Indonesia.Bagaimanapun menurut MetMalaysia, gempa bumi sederhana itu tidak memberi ancaman tsunami kepada Malaysia.