suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tok Mat, Anthony Loke antara nama besar bertanding, ini senarai kerusi tumpuan PRN Negeri Sembilan

Anthony Loke (kiri) dan Tok Mat (kanan) antara calon jadi tumpuan PRN-16.

PROSES penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16 pada Sabtu menyaksikan seramai 103 calon disahkan bertanding bagi merebut 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas semua kertas pencalonan layak diterima Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Daripada keseluruhan calon, Pakatan Harapan (PH) mempertaruhkan 36 calon, diikuti Barisan Nasional (BN) 25 calon, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) 24 calon, Perikatan Nasional (PN) 11 calon dan empat calon Bebas. 

Turut bertanding ialah masing-masing seorang calon daripada Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), Parti Orang Asli Malaysia (Asli) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Beberapa pemimpin utama turut mencuri tumpuan apabila sah mempertahankan kerusi masing-masing, termasuk Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan atau Tok Mat di DUN Rantau, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke di DUN Chennah serta Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias di DUN Pertang.

Sebanyak 21 kerusi menyaksikan pertandingan tiga penjuru, 11 kerusi satu lawan satu, manakala masing-masing dua kerusi melibatkan saingan empat dan lima penjuru. 

Tok Mat antara calon yang menjadi tumpuan setiap kali pilihan raya.

Daripada 103 calon yang bertanding, 94 ialah lelaki dan sembilan wanita.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRN Negeri Sembilan pada 1 Ogos, manakala pengundian awal berlangsung pada 28 Julai.

Senarai kerusi tumpuan dan calon yang bertanding adalah seperti berikut:

N01 CHENNAH: 14,422 pengundi

1. Siow Kong Choon (BN-MCA)

2. Anthony Loke Siew Fook (PH-DAP)

N02 PERTANG: 12,873 pengundi

1. Datuk Seri Jalaluddin Alias (BN-Umno)

2. Mohd Umry Abdul Khois (PH-PKR)

3. Mohd Faizal Fadli Mohd Idrus (Bersatu)

N03 SUNGAI LUI: 19,684 pengundi

1. Datuk Mohd Razi Mohd Ali (BN-Umno)

2. Nazrul Hisham Abdul Mansor (Bersatu)

3. Zainal Fikri Abd Kadir (PH-PKR)

N04 KLAWANG: 13,355 pengundi

1. Muhammad Adib Musa (Bersatu)

2. Danni Rais (PN-WAWASAN)

3. Datuk Bakri Sawir (PH-Amanah)

N05 SERTING: 30,599 pengundi

1. Mohd Fairuz Mohd Isa (PN-PAS)

2. Muhammad Noraffendy Mohd Salleh (Bersatu)

3. Yaacob Mahmood (PH-Amanah)

N06 PALONG: 23,555 pengundi

1. Datuk Mustapha Nagoor (BN-Umno)

2. Muhammad Zahin Zinal Abidin (PH-PKR)

3. Rebin Birham (Bersatu)

N07 JERAM PADANG: 16,590 pengundi

1. Sri Sanjeevan Ramakrishnan (Bersatu)

2. G Manivannan (PH-PKR)

3. Dayana Dal (ASLI)

4. Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir (BN-Umno)

N08 BAHAU: 25,972 pengundi

1. Teo Kok Seong (PH-DAP)

2. Chong Fui Ming (BN-MCA)

N09 LENGGENG: 28,880 pengundi

1. Zarinna Abu Zarin (PH-Amanah)

2. Datuk Mohd Asna Amin (BN-Umno)

3. Zool Amali Hussin (Bersatu)

N10 NILAI: 45,911 pengundi

1. Zamani Ibrahim (Berjasa)

2. J Arul Kumar (PH-DAP)

3. Omar Mohd Isa (Bebas)

4. Lai Chien Kong (BN-MCA)

5. Datuk V. Saravana Kumar (Bersatu)

N11 LOBAK: 23,079 pengundi

1. Dr P. Kumar (PN-PAS)

2. Chew Seh Yong (PH-DAP)

N12 TEMIANG: 12,947 pengundi

1. Ho Weng Wah (PH-DAP)

2. Leaw Kok Chan (BN-MCA)

3. Fazly Hamid (Bersatu)

N13 SIKAMAT: 34,103 pengundi

1. Datuk Tun Faisal Ismail Aziz (Bersatu)

2. Datuk Razali Abu Samah (PN-Wawasan)

3. Nor Azman Mohamad (PH-PKR)

N14 AMPANGAN: 21,336 pengundi

1. Datuk Muhammad Nazri Kassim (PH-PKR)

2. Noor'azah Harun (BERSATU)

3. Datuk Dr Mohamad Rafie Ab Malek (PN-PAS)

N15 JUASSEH: 13,671 pengundi

1. Mohd Zuhaimi Md Yusof (Bersatu)

2. Datuk Ismail Lasim (BN-Umno)

3. Mohd Aidil Abdullah (PH-PKR)

N16 SERI MENANTI: 10,105 pengundi

1. Muhammad Sufian Maradzi (BN-Umno)

2. Mohd Kamarul Arifin Mohd Wafa (PH-PKR)

3. Datuk Seri Megat D. Shahriman Zaharudin (Bersatu)

N17 SENALING: 9,903 pengundi

1. Mohamad Qayyum Abd Jalil (BN-Umno)

2. Mohd Izaffi Istear Khan (Bersatu)

3. Mohd Hanis Alimin (PH-Amanah)

N18 PILAH: 18,034 pengundi

1. S Leza Md Yasin (BN-Umno)

2. Datuk Noorzunita Begum Mohd Ibrahim (PH-PKR)

N19 JOHOL: 12,331 pengundi

1. Mohd Zailan Mohd Munawar (PH-AMANAH)

2. Datuk Saiful Yazan Sulaiman (BN-Umno)

N20 LABU: 32,884 pengundi

1. Datuk Ahmad Faez Abdul Razak (PH-PKR)

2. Mohamad Hanifah Abu Baker (Bersatu)

3. Siti Nur Umaira Hasim (BN-Umno)

N21 BUKIT KEPAYANG: 49,568 pengundi

1. Nicole Tan Lee Koon (PH-DAP)

2. Lee Boon Shian (PN-Gerakan)

N22 RAHANG: 19,715 pengundi

1. Desmond Siau Meow Kong (PH-DAP)

2. S. Tinagaran (PSM)

3. Yap Siok Moy (BN-MCA)

4. Tang Jay Son (Bersatu)

N23 MAMBAU: 30,346 pengundi

1. Lee Kai Yet (PH-DAP)

2. N Sarawanan (Bersatu)

3. Erik Michael (PN-Wawasan)

N24 SEREMBAN JAYA: 33,015 pengundi

1. Datuk RT Thinalan (BN-MIC)

2. R Mahendran (Bersatu)

3. S Mugunthan (PH-DAP)

N25 PAROI: 64,998 pengundi

1. Ahmad Shahir Mohd Shah (PH-Amanah)

2. Mohd Nazree Mohd Yunos (Bersatu)

3. Kamarol Ridzuan Mohd Zain (PN-PAS)

N26 CHEMBONG: 26,547 pengundi

1. Danish Nazran Murad (PH-PKR)

2. Datuk Zaifulbahri Idris (BN-Umno)

N27 RANTAU: 34,831 pengundi

1. Dr Azizul Hakim Mahdi (PH-PKR)

2. Datuk Seri Mohamad Hasan (BN-Umno)

N28 KOTA: 16,744 pengundi

1. Akmal Noradzmi Abd Rahim (Bersatu)

2. Muhammad Allif Ibrahim (PH-Amanah)

3. Suhaimi Aini (BN-Umno)

N29 CHUAH: 15,129 pengundi

1. Pau Jeou Ching (BN-MCA)

2. Datuk Yew Boon Lye (PH-PKR)

N30 LUKUT: 28,219 pengundi

1. Choo Ken Hwa (PH-DAP)

2. Sathes Kumar Nilameham (PN-MIPP)

3. Teo Seng Lee (Bebas)

N31 BAGAN PINANG: 27,451 pengundi

1. Sheikh Junaidy Jamaludin (BERSATU)

2. Abdul Fatah Zakaria (PN-PAS)

3. Nasir Raman (PH-AMANAH)

N32 LINGGI: 20,677 pengundi

1. Datuk Zamri Md Said (Bersatu)

2. Datuk Mohd Faizal Ramli (BN-Umno)

3. Datuk Seri Aminuddin Harun (PH-PKR)

N33 SRI TANJUNG: 19,590 pengundi

1. A Achuthan (BN-MIC)

2. Datuk A Saravanan (Bebas)

3. M Leevineshwaraan (Bersatu)

4. Islah Wahyudi Zainudin (Bebas)

5. Datuk Dr G Rajasekaran (PH-PKR)

N34 GEMAS: 29,600 pengundi

1. Azman Abdullah (Bersatu)

2. Ridzuan Ahmad (PN-Wawasan)

3. Siti Aishah Seman @ Othman (PH-PKR)

N35 GEMENCHEH: 24,916 pengundi

1. Suhaimizan Bizar (BN-Umno)

2. Abd Latif A Tambi (PH-Amanah)

N36 REPAH: 27,910 pengundi

1. Koh Kim Swee (BN-MCA)

2. S Veerapan (PH-DAP)

Artikel Lain