suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lebih tiga kali ganda! Larian Kesyukuran raih RM650,959.21, wang kutipan 100 peratus untuk warga Muar

Syed Saddiq menamatkan Larian Kesyukuran sejauh 170 kilometer pada pagi Ahad di Laman Maharani, Muar.

LARIAN Kesyukuran dari Putrajaya ke Muar oleh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya meraih kutipan RM650,959.21 selepas misi tersebut tamat pada pagi Ahad.

Ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Muar, Syed Saddiq menegaskan wang kutipan berkenaan akan diagihkan 100 peratus kepada penerima yang layak dalam parlimennya.

"Setiap sen yang dikutip disalurkan semula kepada warga Muar. Laporan pembentangan resit yang dibelanjakan bagi fasa pertama kita akan bentangkan nanti," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sampai 3 jam tamatkan larian, Syed Saddiq tunai janji! Terus agih bantuan kepada penduduk Muar

Bekas presiden parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) itu juga berkata, pasukan serta kakitangannya tidak akan menikmati wang kutipan berkenaan kerana ia milik sepenuhnya warga Muar. 

"Gaji mereka akan dibayar menggunakan duit saya sendiri atau usahakan cara lain," ujarnya.

Khamis lalu, Syed Saddiq memulakan Misi Larian Kesyukuran sejauh 170 kilometer dari Istana Kehakiman di Putrajaya menuju ke Muar sebagai tanda kesyukuran selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan membebaskannya daripada empat pertuduhan berkaitan salah guna kuasa dan pecah amanah.

Misi berkenaan pada asalnya menyasarkan kutipan RM200,000 dalam tempoh empat hari bagi membantu anak-anak serta penduduk di Parlimen Muar menerusi pelbagai inisiatif kebajikan.

Artikel Lain