suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tular lelaki berjalan atas bumbung rumah tanpa pakaian, disyaki kurang siuman

Tangkap layar rakaman video ketika lelaki itu sedang berjalan di atas bumbung.

AKSI seorang lelaki dipercayai kurang siuman berjalan di atas bumbung sebuah rumah dalam keadaan tidak berpakaian menggemparkan penduduk di Taman Andalas, Klang, Selangor pada awal pagi Isnin.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada pemilik sebuah rumah teres dua tingkat di kawasan berkenaan pada pukul 6.53 pagi.

"Susulan itu, sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi dan pemeriksaan pasukan menemui seorang lelaki berusia 30-an dipercayai kurang siuman berada di atas bumbung rumah pengadu.

"Anggota kemudian mengambil pendekatan memujuk lelaki tersebut sebelum dia selamat diturunkan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Lelaki dipercayai kurang siuman itu diselamatkan anggota bomba selepas tidak dapat turun dari bumbung rumah dengan sendiri.

Menurut Ashrul, lelaki itu kemudian diserahkan kepada polis dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut sebelum operasi ditamatkan pada pukul 8.05 pagi.

Terdahulu, rakaman video kejadian itu tular di media sosial yang memaparkan lelaki berkenaan berjalan di atas atap rumah sambil membawa sehelai kain yang dipercayai kain pelikat.

Perkongsian tersebut turut mendakwa lelaki terbabit ditemui dalam keadaan tidak berpakaian dan dikaitkan dengan kejadian pecah rumah. 

Bagaimanapun, setakat ini pihak berkuasa belum mengesahkan dakwaan berhubung kejadian itu.

Artikel Lain