suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Maxis mohon maaf isu tunggakan bil Khairul Aming bocor... Sudah kenal pasti individu terlibat - “Ini insiden terpencil”

Maxis sedang menyiasat insiden kebocoran maklumat berkaitan bil telefon peribadi pempengaruh, Khairul Aming.

SYARIKAT telekomunikasi, Maxis, bakal mengambil tindakan tegas termasuk tindakan undang-undang berikutan insiden penularan maklumat akaun bil telefon peribadi milik pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming di media sosial.

Menerusi kenyataan media yang dihantar kepada mStar pada Selasa, Maxis mengesahkan bahawa perkara berkenaan kini berada dalam siasatan teliti pihak mereka.

"Kami sedang menyiasat satu insiden yang tular di media sosial malam tadi berkenaan butiran akaun seorang pelanggan Maxis. Semua akses kepada akaun pelanggan direkodkan dan dipantau sepenuhnya. 

"Hasil siasatan kami menunjukkan bahawa ini merupakan insiden terpencil yang melibatkan tindakan tanpa kebenaran. Tiada sebarang petunjuk bahawa insiden ini melibatkan pelanggan lain secara lebih meluas. 

"Kami telah mengenal pasti individu yang dikaitkan dengan insiden ini dan sedang mengambil tindakan segera, termasuk tindakan undang-undang," menurut kenyataan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: "Ini data peribadi saya" - Individu dedah tunggakan bil telefon di Threads, Khairul Aming minta penjelasan pihak telco

Dalam pada itu, syarikat tersebut berkata pihaknya akan menghubungi pempengaruh berkenaan berkaitan insiden tersebut.  

"Kami memohon maaf atas insiden ini. Kami kekal komited terhadap privasi data dan perlindungan data peribadi," ujarnya lagi.

Pada Isnin, Khairul Aming atau nama sebenarnya, Khairul Amin Kamarulzaman tampil meminta penjelasan daripada Maxis mengenai perkongsian seorang pengguna Thread yang mendedahkan maklumat berkaitan akaun telefon miliknya.

Pengguna terbabit mendakwa akaun telefon Khairul Aming mempunyai tunggakan sebanyak RM498 dan turut mengulas mengenai penggunaan kredit prabayar serta pembelian digital pada akaun tersebut.

Perkongsian tersebut mengundang perhatian warga maya yang turut mempersoalkan kemungkinan berlakunya kebocoran maklumat pelanggan.

Artikel Lain