suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak perlu sukarela letak jawatan, PM boleh guna kuasa mutlak

Zahid mengulas kenyataan yang dibuat Anwar pada Isnin. -Foto Bernama

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa keputusan untuk menggugurkan mana-mana menteri atau timbalan menteri daripada Kabinet adalah hak mutlak Perdana Menteri.

Ulasan itu dibuat susulan amaran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap anggota pentadbiran yang menyerang rakan dalam Kerajaan Persekutuan ketika berkempen sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Menurut Ahmad Zahid, kuasa melantik mahupun menamatkan perkhidmatan seseorang anggota pentadbiran terletak sepenuhnya di bawah prerogatif Perdana Menteri.

"Jika Perdana Menteri mempunyai syak atau maklumat yang telah disahkan, maka ia adalah sepenuhnya dalam bidang kuasa beliau.

"Tidak perlu sesiapa meletakkan jawatan secara sukarela," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sambutan Hari Imigresen Ke-104, pada Selasa.

Pada Isnin, Anwar memberi amaran kepada menteri, timbalan menteri dan pemegang jawatan dalam agensi kerajaan supaya tidak menggunakan kedudukan masing-masing untuk menyerang rakan dalam kerajaan persekutuan ketika berkempen sempena PRN akan datang.

Menurut Perdana Menteri, mana-mana individu yang didapati berbuat demikian akan diminta melepaskan jawatan. -The Star

Artikel Lain