NIAT mahu menyiapkan tempahan kuih bertukar detik cemas buat seorang wanita apabila dua jari tangan kanannya hancur selepas tersepit dalam mesin memproses kuih di kediamannya di Taman Nirwana, Batang Tiga, Melaka, pada Khamis.Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, mangsa berusia 37 tahun dilaporkan menahan kesakitan selama kira-kira 30 minit sebelum pasukan bomba berjaya mengeluarkan tangannya daripada mesin berkenaan. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Penolong Pesuruhjaya Bomba (PPjB) Mohd Zaidi Ma'at berkata, sebaik tangan mangsa berjaya dikeluarkan daripada mesin, pemeriksaan mendapati jari manis dan tengah tangan kanannya hancur akibat tersepit."Sebaik tiba, jari tangan mangsa masih tersepit dalam mesin memproses kuih."Dua jari pada tangan mangsa didapati hancur sebelum wanita itu diserahkan kepada pasukan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) untuk rawatan lanjut," katanya.