SEORANG pekerja kontrak kontrak warga asing dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Alor Gajah pada Khamis atas dakwaan melakukan amang seksual fizikal terhadap tujuh pelajar lelaki sebuah sekolah berasrama di Melaka.Tertuduh, Islam Mohammad Shoriful, 44, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan kepadanya oleh jurubahasa Bangladesh di hadapan Hakim Kamarul Aris Kamalluddin.Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan pelbagai perbuatan amang seksual fizikal terhadap pelajar berusia antara 13 hingga 15 tahun, seperti memegang tangan, menyentuh punggung dan kemaluan mangsa. Tertuduh juga didakwa melakukan perbuatan menarik seluar beberapa mangsa sehingga mendedahkan bahagian punggung.Semua perbuatan itu didakwa dilakukan pada 12 Jun 2026, sekitar pukul 6 petang dan 6.30 petang, di kawasan bilik mandi dan tempat membasuh asrama lelaki sebuah sekolah berasrama di daerah itu.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.Tertuduh tidak diwakili peguam manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Syaza Nur Sharif, yang memohon supaya tiada jaminan diberikan.Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 28 Ogos 2026 sebagai tarikh sebutan semula kes.