suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Masing-masing nak jadi PM, sanggup pijak kawan! Hannah Yeoh dakwa BN-PN macam Titanic, tunggu masa nak karam

Kerjasama BN-PN dalam pilihan raya sering menjadi perbincangan hangat.

KERJASAMA antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) didakwa tidak akan bertahan lama.

Ini kerana ia dibayangi persaingan dalaman yang sengit serta tiadanya nilai 'politik persahabatan'.

Timbalan Setiausaha Agung DAP, Hannah Yeoh mendakwa keadaan itu boleh diibaratkan seperti kapal dalam filem Titanic yang kelihatan gah pada awal pelayaran, namun akhirnya karam.

"Kerjasama itu tidak akan kekal lama kerana ia dibayangi dengan pengkhianatan dan mereka yang tidak setia kepada sebuah politik persahabatan.

"Saya bandingkan kerjasama mereka seperti kapal dalam filem Titanic yang akan karam bila-bila masa sahaja.

Hannah mengulas mengenai kerjasama antara BN dan PN tersebut dalam hantaran di media sosial.

Hannah mengulas mengenai kerjasama antara BN dan PN tersebut dalam hantaran di media sosial.

"Mereka bersorak gembira pada awal pelayaran, namun karam akhirnya akibat melanggar bongkah ais besar yang gagal dilihat berada di depan," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.

Menurut Hannah, setiap pihak dalam kerjasama itu didakwa mempunyai cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri sehingga sanggup menjatuhkan antara satu sama lain demi kepentingan sendiri.

"Masing-masing bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri dan akan memijak satu sama lain untuk naik ke atas. Mereka pun tidak mahu rakan kerjasama berjaya.

"Yang mahu dijulang, hanyalah pucuk masing-masing. Begitulah perumpamaan kerjasama BN dan PN hari ini. Mereka seperti kapal Titanic, menunggu masa untuk karam kerana tidak memiliki nilai politik persahabatan," ujarnya.

Dalam hantaran sama, Hannah berkata perkara berkenaan turut diucapkan ketika berkempen di Kuala Klawang, Jelebu bagi membantu calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Ir Bakri Sawir pada Khamis malam.

Katanya lagi, kerjasama antara Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Amanah telah terbukti apabila terus mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga dilantik sebagai Perdana Menteri.

"Kesetiaan kami pada kerjasama ini telah terbukti. Kami Harapan terdiri daripada Keadilan, Amanah dan DAP setia berjuang dan mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga beliau diangkat menjadi Perdana Menteri ke-10 hari ini.

"Kami kekal dengan hanya seorang kapten dalam sebuah nakhoda. Memenangkan calon-calon Harapan adalah simbol kita mempertahankan nilai sebuah politik persahabatan.

"Ia yang tidak ada dalam mana-mana kerjasama politik selain Pakatan Harapan. Kekalkan Harapan, akan kekallah Kerajaan dan para pemimpin yang setia dengan nilai politik persahabatan ini," katanya.

Artikel Lain