PENGARAH Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menempelak sikap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang kini dilihat lebih banyak menyerang PAS berbanding Pakatan Harapan (PH).Menurut Menteri Besar Kedah itu, Bersatu perlu sedar bahawa Bersatu berisiko hilang daripada landskap politik negara sekiranya terus bersikap sombong menyerang PAS. "Bersatu ni kerja tibai kita pasal apa pun tak tau. Masuk pilihan raya, hang (Bersatu) tu pembangkang. Nak raih undi, nak menang kena la tutuh (serang) PH, ni dia tutuh PAS. Siapa nak undi dia?"Selama ini dia (Bersatu) hidup dengan undi PAS tetapi lepas itu dia tibai PAS. Tak lama dah kalau perangai kekal macam ini. Bersatu akan ghuyup (hilang) daripada politik tanah air ini," katanya pada Ceramah Umum Perdana PN dan BN di Bandar Seri Jempol pada Khamis.Menurutnya, Bersatu perlu menyedari bahawa cabaran politik yang bakal dihadapi terlalu besar untuk ditempuhi secara bersendirian.“Gelombang dan gelora di luar terlalu besar untuk kita hadapi secara bersendirian. Marilah naik atas bahtera ini dan berpakatlah elok-elok," katanya [Tonton Video].Selain itu Muhammad Sanusi mendakwa kejayaan Bersatu memenangi 30 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) adalah hasil sokongan jentera PAS."Dia kata PAS menang 43 kerusi kerana kerjasama dengan Bersatu. Saya nak beritahu, kamu menang 30 kerusi kerana kerjasama dengan PAS, lepas itu kamu pecat 19 Ahli Parlimen."Dia mana ada jentera. Tengok apabila tak bersama PAS... khemah ceramah dia ada berapa orang? Bilik gerakan dia ada jentera atau tidak? Semua bergantung pada PAS. Janganlah kata PAS tumpang dia. Dia yang tumpang PAS," katanya.