suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kening koyak terkena pistol... Niezam Zaidi tolak rawatan, hanya sapu minyak gamat

Niezam enggan tangguhkan kerja hanya cedera ringan.

PELAKON Niezam Zaidi berdepan detik cemas apabila mengalami kecederaan pada bahagian kening ketika menjalani penggambaran babak aksi untuk filem terbaharunya, Orang Perang.

Niezam atau Mohd Niezam Mohd Zaidi, 34, berkata, kejadian berlaku apabila pistol yang digunakan oleh pelakon Adam Corrie terlepas daripada tangan sebelum terkena tepat pada keningnya ketika mereka sedang menjayakan babak letupan pyro.

Menurut Niezam, dia pada mulanya menyangka cecair yang mengalir di wajahnya hanyalah peluh sebelum menyedari keningnya sudah mengalami luka.

Niezam membawakan watak sebagai Bah Tangga dalam filem Orang Perang.

"Kening saya koyak. Ketika itu babak letupan pyro berlaku dan pistol tersebut terlepas lalu jatuh terkena kening saya.

"Saya ingatkan peluh, tetapi rupa-rupanya darah. Semua orang suruh saya pergi hospital, tetapi saya tidak mahu.

"Kami berhenti sekejap untuk bersihkan luka, kemudian sambung penggambaran," katanya.

Berkongsi lebih lanjut, Niezam berkata dia menolak cadangan untuk mendapatkan rawatan di hospital kerana mahu memastikan penggambaran dapat diteruskan seperti dirancang.

Malah, dia memilih untuk kekal di lokasi dan hanya menyapu minyak gamat pada bahagian luka tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Demi Allah, itu tidak benar!” – Niezam Zaidi berang reputasi terjejas akibat kes Fify Azmi dan wanita Singapura, rancang ambil tindakan

ARTIKEL BERKAITAN: Tidak perlu jelaskan apa-apa, Niezam Zaidi, Fify Azmi masih ‘partner’

"Memang ada pasukan medik, siap bawa pengusung untuk saya tapi saya nak ubat gamat saja. Kalau saya pergi, bagaimana dengan kawan-kawan lain? Babak itu mesti terpaksa dihentikan.

"Saya cuma mahu kekalkan tenaga dan semangat semua orang di lokasi. Syukur luka itu tidak dalam, jadi selepas itu kami sambung sahaja kerja," ujarnya.

Selain membawakan watak Bah Tangga dalam filem berkenaan, Niezam turut diberi kepercayaan menyumbangkan suara untuk lagu runut bunyi Orang Perang.

Dia bergandingan dengan Elly Langkasuka menerusi lagu Sumpah Leluhur ciptaan Achoi Floor 88 mengetengahkan tema kerinduan, pengorbanan dan semangat perjuangan.

Ini kali pertama saya merakamkan lagu dan saya memang teruja.

NIEZAM ZAIDI

PELAKON

"Selain membawa watak pejuang, saya diberikan amanah untuk menyampaikan lagu runut bunyi.

"Ini kali pertama saya merakamkan lagu dan saya memang teruja," luahnya.

Filem Orang Perang arahan Hashim Rejab mengisahkan sebuah perkampungan Orang Asli di pedalaman Cameron Highlands yang diserang komunis.

Niezam turut menyumbangkan suara untuk lagu runut bunyi Orang Perang.

Karya tersebut diinspirasikan daripada kisah benar kaum Semai dan berlatarbelakangkan Tanah Melayu pada era 1950-an ketika ancaman komunis menjejaskan keselamatan penduduk.

Orang Perang bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara mulai 1 Oktober 2026.

Selain Niezam, filem berkenaan turut menampilkan barisan pelakon seperti Syazwan Zulkifli, Ammar Alfian, Fadli Masoot, Adam Corrie, Fauzi Nawawi dan ramai lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain