suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Vida samakan diri dengan Ameera Khan... “Wanita provider ni bukan nak duit sangat pun”

Vida anggap dirinya sama seperti Ameera.

USAHAWAN Datuk Seri Vida mencuri tumpuan netizen apabila mengakui dirinya mempunyai persamaan dengan personaliti media sosial, Ameera Khan dalam aspek layanan terhadap pasangan. 

Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 54, berkata wanita secara semula jadi tidak berkira dan rela menjadi penyumbang utama atau 'provider' sekiranya mempunyai rasa sayang yang mendalam terhadap seseorang. 

"LMK (gelaran untuk Ameera) dengan saya sama. Perempuan memang akan jadi auto provider kalau sudah sayang," katanya dalam satu hantaran di Threads pada Sabtu. 

Hantaran Vida di Threads. 

Dalam pada itu, Vida memberitahu sebagai wanita dia bukanlah mengharapkan wang ringgit semata-mata, sebaliknya mereka memerlukan kasih sayang secukupnya daripada seorang lelaki.

"Wanita provider ini bukan nak duit sangat pun sebab dia juga ada duit. 

"Tetapi dia hanya mahu rasa dihargai yang selayaknya," ujarnya. 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Siapa cakap saya tak ada duit?” - Fazley sangkal dekati Vida kerana harta, jadikan tohmahan satu cabaran

ARTIKEL BERKAITAN: Vida ada 20 rumah menurut pakar ‘feng shui’, nilai hartanah cecah RM50 juta

Sebelum ini, tular rakaman siaran langsung perkongsian Ameera yang mendedahkan sudah menghabiskan banyak duit untuk bekas teman lelakinya.

Ameera turut mendakwa dia menggunakan kad kredit sendiri untuk membayar bil ketika mereka keluar bersama.

Meskipun tidak menyebut nama mana-mana individu, namun ramai pengguna media sosial membuat andaian lelaki tersebut ialah pelakon berasal Indonesia iaitu Jefri Nichol. 

Vida lebih pentingkan kasih sayang berbanding duit. 

Susulan itu, Jefri tampil mempertahankan diri dengan menafikan tuduhan tersebut dan menjelaskan dia sebenarnya sudah menawarkan untuk membayar semula perbelanjaan berkenaan, namun tawaran itu ditolak. 

Jelasnya, perkara tersebut berlaku ketika mereka berada di Dubai apabila dia mahu membelikan sesuatu buat Ameera. 

Jefri turut menegaskan dia bukan seorang yang suka meminta atau mengharapkan orang lain membiayai keperluannya kerana dia sentiasa bekerja keras untuk diri sendiri dan keluarga.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain