suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

10 tahun ‘ghaib‘... Faizal AF4 balik Terengganu, pernah sertai Askar Wataniah

KEMUNCULAN semula juara Akademi Fantasia (AF) musim keempat, Faizal di pentas Gegar Vaganza Fantasia (GVF) menarik perhatian ramai sekali gus menimbulkan persoalan mengenai kehilangannya daripada industri hiburan selama ini.

Berkongsi perkara itu, Faizal atau nama sebenarnya Mohammad Faizal Ramly, 42, berkata dia kurang mendapat perhatian media selepas pulang menetap di negeri kelahirannya, Terengganu, sejak 10 tahun lalu.

Menurutnya, dia tidak pernah meninggalkan dunia nyanyian, sebaliknya masih aktif menerima undangan persembahan di sekitar negeri berkenaan.

Faizal dan keluarga kini menetap di Kuala Lumpur.

"Sebelum ini, saya menetap di Terengganu tetapi sejak empat bulan lalu, saya sudah berpindah ke Kuala Lumpur.

"Kalau ada yang bertanya ke mana saya menghilang, sebenarnya sudah 10 tahun saya berada di Terengganu. Sebab itulah saya jarang mendapat perhatian media.

"Tetapi saya tidak berhenti menyanyi. Saya selalu membuat persembahan di sekitar Terengganu," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Faizal AF4: Saya sengaja 'hilangkan' diri

ARTIKEL BERKAITAN: Video kerja sebagai ejen jualan penapis air tersebar, Faizal AF4 tak rasa malu... pernah jual roti ketika pandemik demi cari wang

Dalam usaha meneruskan kehidupan ketika kurang mendapat perhatian umum, Faizal mengakui melakukan pelbagai pekerjaan untuk menyara hidup, termasuk berniaga dan menyertai Askar Wataniah.

"Dulu memang saya hanya menanti jemputan menyanyi tetapi sekarang, selain menyanyi, saya juga menjual penapis air dan pernah terlibat dengan Askar Wataniah.

"Tidak pelik sebenarnya apabila orang bertanya ke mana saya menghilang kerana saya melakukan pelbagai pekerjaan. Jadi, saya kurang memberi tumpuan kepada media sosial," kongsinya.

Faizal sebelum ini tular selepas menyanyi ketika menjual penapis air.

Dalam pada itu, Faizal menjelaskan keputusan untuk menetap di Kuala Lumpur bukan semata-mata kerana menyertai program realiti berkenaan, sebaliknya turut mahu mengembangkan perniagaan produk kesihatannya.

Dia juga menyifatkan penyertaannya dalam GVF sebagai peluang untuk kembali dikenali selepas sekian lama tidak mendapat perhatian meluas.

"Menyertai GVF ini sebenarnya satu bonus. Allah bukakan saya jalan rezeki. Saya menerima tawaran untuk menyertai program ini kira-kira tiga bulan lalu.

"Ini peluang besar buat saya untuk membuat kemunculan semula dan memperkenalkan diri kepada orang ramai. Mungkin ketika ini ramai yang tidak mengenali saya, tetapi apabila program ini mula bersiaran, lebih ramai akan mengenali saya.

"GVF ini satu rahmat untuk saya," ujarnya.

Artikel Lain