PELAKON Puteri Sarah Liyana mendedahkan dia berdepan gangguan berterusan daripada seorang peminat misteri yang bukan sahaja menyamar sebagai dirinya, malah mengeluarkan ugutan berbaur ancaman di media sosial.
Puteri Sarah, 40, berkata individu tersebut sering muncul ketika dia membuat siaran langsung dan menghamburkan kata-kata tidak beradab hingga menimbulkan rasa takut.
"Bila saya buat siaran langsung, dia akan masuk dan cakap ‘aku nak sihir kau, best tak kalau aku boleh sihir satu keluarga kau’," katanya kepada mStar.

Puteri Sarah diganggu individu tak dikenali.
Tambah Puteri Sarah, meskipun sudah berkali-kali menyekat akaun berkenaan, individu sama tetap kembali dengan akaun baharu setiap kali tindakan diambil.
Malah laporan polis turut dibuat sebagai langkah berjaga-jaga, namun gangguan tidak pernah berhenti.
"Saya dah banyak kali sekat dia tapi dia akan buat akaun baru. Dia beri amaran, ugut nak sihir. Saya tak tahu siapa orangnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Didikan bermula dari rumah, Puteri Sarah tak kisah guru rotan anak… “Saya pun kena dulu, okay saja jadi manusia”
ARTIKEL BERKAITAN:Puteri Sarah pertahan Andi Arsyil selepas digelar ‘Konoha’
"Setiap kali akaun dipadam, dia akan buat akaun baru. Setakat ini sudah tujuh atau lebih akaun individu ini," luahnya.
Lebih merisaukan, individu berkenaan turut menyamar menggunakan gambarnya untuk memaki hamun pengguna lain termasuk rakan artis.
Dia turut mendakwa individu itu sengaja menukar gambar profil mengikut gambar yang digunakannya bagi mengelirukan orang ramai.
Setakat ini Alhamdulillah tiada apa-apa berlaku.
PUTERI SARAH LIYANA
PELAKON
"Dia pernah guna gambar saya dan maki hamun pengguna media sosial lain. Rakan artis pun pernah kena.
"Dia juga suka masuk siaran langusng orang tua atau orang kurang upaya (OKU) kemudian maki hamun dan orang ingat itu saya.
"Saya ada dapat beberapa aduan mengenai perkara itu," luahnya.

Puteri Sarah malas layan peminat obses.
Walaupun gangguan tersebut berlarutan sejak sekian lama, Puteri Sarah kini memilih untuk tidak melayan tindakan individu itu serta percaya pelaku mungkin mengalami masalah mental.
"Awal-awal memang takut. Tapi bila dia cakap benda sama berulang kali dan asyik tahu saya buat live berniaga, saya anggap dia mental.
"Kalau dia ada niat tentu dia terus buat, tak akan cakap. Setakat ini Alhamdulillah tiada apa-apa berlaku," tambahnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


