suria

Linda Rafar u-turn, kekal bersama Elite... Norman KRU berjaya pujuk

Linda tidak jadi keluar daripada kumpulan Elite.

PENYANYI Linda Rafar akhirnya memilih untuk terus kekal bersama kumpulan Elite selepas memberi bayangan mahu meninggalkan kumpulan tersebut sebelum ini.

Linda atau nama sebenarnya Azlinda Abdul Rafar, 47, berkata, dia bersyukur kerana membuat keputusan itu dan berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakannya.

“Terima kasih Allah SWT dan semua yang mendoakan Linda terus kekal bersama kumpulan Elite,” katanya.

Norman ketika memujuk Linda daripada keluar Elite.

Linda berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di Instagram pada pagi Isnin.

Berkongsi lanjut, Linda berkata, penerbit dan anggota KRU, Norman Abdul Halim merupakan individu yang  sentiasa memujuknya supaya tidak membuat keputusan terburu-buru.

Jelas Linda, sejak awal pembabitannya dalam industri, Norman adalah orang yang sentiasa berjaya menenangkan dirinya setiap kali berdepan masalah.

“Perkenalan Linda dengan Norman sejak tahun 1995, sudah 30 tahun. Keputusan yang saya buat sebelum ini bukan perkara mudah.

ARTIKEL BERKAITAN: Linda Rafar umum keluar Elite 

ARTIKEL BERKAITAN: Ahli Elite nafi ada konflik, anggap Linda Rafar hanya mahu berehat

“Puas dan penat juga abang long nak memujuk. Memang sejak Linda umur 16 tahun lagi, kalau ada masalah, abang long yang berjaya memujuk.

“Maklumlah dalam Elite sayalah yang paling muda dan paling manja, betul tak Norman?” ujarnya.

Tambah Linda, sifat sensitif yang dimilikinya sejak remaja menjadi antara sebab dia mudah terasa, namun dia juga cepat memaafkan.

“Sebab itu sampai sekarang tak hilang naluri seorang yang sangat sensitif. Cepat terasa tapi sangat mudah memaafkan sesiapa sahaja.

Linda turut ucapkan ucapan terima kasih kepada Watie, Sasha dan Adam.

“Pada my girls Sasha, Watie dan Azza, terima kasih sudi teman masa sesi memujuk,” katanya.

Pada 29 Oktober lalu, Linda mengejutkan peminat apabila memberi bayangan mahu menarik diri daripada Elite selepas berdepan beberapa ujian yang didakwanya menjejaskan kesihatan mental.

Perkara itu dikongsikan menerusi platform Threads, di mana Linda mengakui terkesan dengan pelbagai kecaman netizen termasuk komen negatif yang mempertikaikan kehadirannya dalam kumpulan tersebut.

Linda berkata dia berasa sedih selepas membaca komen-komen sedemikian sehingga menjadi antara punca utama dirinya mempertimbangkan untuk meninggalkan Elite.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain