PENYANYI Adira Suhaimi kembali dengan sentuhan segar melalui single terbaharu berjudul Gelas Memori yang menampilkan gandingan istimewa bersama rapper misteri dikenali Fiq7.
Adira atau Siti Adira Suhaimi, 34, berkata kolaborasi itu membawa pengalaman baharu daripada segi vokal dan penghayatan selepas pernah mengukir kejayaan dalam lagu hitnya sebelum ini.
Menurut Adira, lagu yang dihasilkan sepenuhnya oleh Fiq7 itu menyelami tema rindu, kehilangan, dan janji yang kekal di hati menjadikan karya itu cukup istimewa.

Adira dan Fiq7 pertama kali berkerjasama.
“Apabila saya mendengar demo lagu ini, saya terus tertarik dengan cara penceritaannya. Ia bukan sekadar lagu cinta, tetapi kisah mengenai bagaimana kenangan boleh menjadi sumber kekuatan.
“Walaupun melodinya lembut, liriknya sarat dengan makna yang mendalam. Saya rasa setiap orang yang pernah merindui seseorang akan dapat memahami perasaan dalam Gelas Memori,” katanya.
Tambah Adira, kolaborasi bersama Fiq7 juga membuka peluang untuk dirinya meneroka sisi berbeza dalam dunia muzik.
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tinggalkan bekas suami tepi ‘highway’, Adira pastikan dulu tempat selamat… “Cukup kami berdua sahaja tahu punca”
ARTIKEL BERKAITAN: Adira hadir ke pengebumian ibu Hafiz Suip... "Saya selalu doa agar dia comeback stronger"
Katanya, walaupun mereka datang daripada dua dunia muzik yang berbeza, tetapi tujuan tetap sama iaitu untuk menyampaikan emosi yang benar.
“Saya kagum dengan cara Fiq7 menulis dan menyampaikan liriknya. Gaya rap yang dipersembahkan tidak hanya pantas atau teknikal, tetapi puitis dan jujur.
"Ia membuatkan saya lebih terinspirasi untuk memberi nyawa kepada bahagian balada dalam lagu ini,” katanya lagi.
Setiap baris lirik adalah refleksi kepada apa yang saya rasakan.
FIQ7
RAPPER MISTERI
Sementara itu, Fiq yang kini menjadi fenomena digital dengan jutaan tontonan di YouTube menyifatkan Gelas Memori sebagai karya paling peribadi.
Jelasnya, semasa penghasilan lirik lagu itu dia membayangkan kelunakan suara Adira.
“Saya menulis lagu ini ketika melalui satu fasa kehidupan yang penuh ujian.
"Setiap baris lirik adalah refleksi kepada apa yang saya rasakan termasuk soal kehilangan, penyesalan, dan kekuatan untuk terus berdiri.

Gelas Memori mula
"Bila saya bayangkan lagu ini dengan suara Adira, saya tahu ia akan menjadi lebih bermakna,” katanya.
Selain Fiq, lagu terbabit turut menerima sentuhan Mas Dewangga yang bertindak sebagai penerbit, penyusun, jurumix dan jurumastering.
Mas Dewangga berjaya menyeimbangkan elemen moden dan klasik dengan mengekalkan keaslian balada sambil memberi ruang kepada rap untuk menyerlah.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


