suria

Influencer buat lebih 300 kali pembedahan plastik, ketagih ‘repair’ wajah hingga hampir temui ajal

Xiaochen menjalani pembedahan plastik pertama pada usianya 14 tahun.

RAMAI golongan wanita obses dengan kecantikan.

Perkara sama dilalui seorang pempengaruh media sosial ini apabila dia sanggup melakukan lebih 300 kali pembedahan plastik.

Berkongsi cerita, Wu Xiaochen yang berasal dari China berkata, tindakan yang diambil itu juga hampir menyebabkan dia 'kehilangan' nyawa.

Menurutnya, pembedahan plastik pertama dilakukan pada usia 14 tahun.

Namun katanya, pada masa itu ia dilakukan atas desakan ibunya bagi menghilangkan lemak pada bahagian paha.

Selepas berjaya menjalani prosedur tersebut, Xiaochen mahu mengubah betuk wajahnya agar lebih tirus bagi menaikkan keyakinan diri.

"Setelah menjadi lebih kurus dan cantik, aku dapat menarik perhatian ramai seperti selebriti.

"Bermula sejak itu aku menjadi ketagih melakukan pembedahan plastik," ujarnya yang kemudian meninggikan batang hidung pada usia 16 tahun.

Bukan itu sahaja, dia turut melakukan implan payudara dan membesarkan kelopak mata agar kelihatan lebih besar.

Difahamkan, Xiaochen membelanjakan kira-kira 4 juta yuan (RM2.37 juta).

Malah ketagihan yang dialami membuatkan dia ingin menjalani pembedahan setiap bulan meskipun pernah berhadapan kegagalan sehingga hampir mengancam nyawanya. -Agensi

Artikel Lain