suria

Rasa terhina suami tulis nama ‘montel’ dalam senarai ‘contact’ telefon, isteri mohon cerai! Mahkamah arah bayar pampasan

Pergaduhan antara suami dan isteri adalah perkara biasa dalam rumah tangga. -Gambar hiasan

 

MAHKAMAH memerintahkan seorang lelaki membayar ganti rugi material dan moral kepada bekas isterinya selepas menyimpan nombor wanita itu dalam telefon dengan nama gelaran 'Tombek' yang bermaksud montel.

Kes berkenaan dibicarakan di bandar Uşak, Turkiye di mana mahkamah mendapati tindakan tersebut bersifat menghina dan menjejaskan hubungan rumah tangga pasangan itu hingga membawa kepada perceraian.

Keputusan Mahkamah Kasasi itu dianggap sebagai kes rujukan baharu, sekali gus memberi amaran kepada suami di Turkiye agar berhati-hati menggunakan gelaran terhadap pasangan mereka.

Perintah berkenaan turut mencetuskan perdebatan di media sosial.

Ada yang menyokong keputusan mahkamah, namun tidak kurang berpendapat panggilan itu hanya sekadar nama manja tanpa niat menghina.

"Menjadi montel tidaklah buruk, dan dipanggil montel bukanlah satu penghinaan. Ia boleh kedengaran comel.

"Mungkin suami tidak bermaksud dengan niat jahat. 

"Saya minta maaf kerana perkara kecil sebegini boleh menyebabkan seseorang dipenjarakan," demikian reaksi netizen. -Agensi

 

Artikel Lain