suria

Beri ‘umpan’ kerepek kemudian bawa ke padang, lelaki ketagih video lucah rogol budak 3 tahun

Individu yang menjadikan kanak-kanak sebagai pemuas nafsu wajar diberi hukuman berat. -Gambar hiasan

SEORANG kanak-kanak perempuan didakwa dirogol oleh seorang lelaki yang juga kenalan keluarganya.

Kejadian melibatkan kanak-kanak berusia tiga tahun itu berlaku di Rajasthan, India.

Tertuduh, Sajid Khan, didakwa 'mengumpan' kanak-kanak itu dengan kerepek dan membawanya ke padang berhampiran, di mana dia melakukan jenayah itu. 

Dia kemudian meninggalkan mangsa berhampiran rumahnya.

Keluarga kanak-kanak itu mendapati mangsa menangis dan membawanya ke hospital dengan bantuan penduduk kampung. 

Doktor menemui tanda-tanda serangan seksual semasa pemeriksaan awal dan memaklumkan hal itu kepada polis.

Suspek cuba melarikan diri ke Bharatpur, namun berjaya ditangkap di daerah Pali. 

Siasatan awal mendapati dia ketagih menonton video lucah dan dilaporkan menonton sekitar 15 rakaman sedemikian sebelum melakukan jenayah tersebut.

Tarikh kejadian tidak didedahkan, namun kanak-kanak itu kini masih dirawat di hospital. -NDTV.

 

Artikel Lain