suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita pukul anak tiri dengan penyapu sampai mati, geram asyik minta wang saku

Menggunakan kekerasan dalam mendidik boleh menjadi suatu jenayah. -Gambar hiasan

SEORANG wanita ditahan polis selepas disyaki mendera anak tiri lelakinya berusia enam tahun hingga meninggal dunia pada Khamis.

Siasatan awal polis mendapati suspek berusia 34 tahun itu bertindak ganas memukul menggunakan batang penyapu kerana mangsa enggan menuruti kehendaknya.

“Berdasarkan pengakuan suspek, mangsa enggan melakukan apa yang dimintanya, dan perkara itu membuatkan dia marah," kata Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Metro Depok, Komisioner Made Gede Oka Utama.

Kejadian dilaporkan berlaku di Daerah Bogor, Jawa Barat di Indonesia.

Menurut Made, kanak-kanak itu turut meminta wang saku beberapa kali yang menyebabkan suspek semakin berang hingga bertindak ganas.

“Kadang-kadang mangsa enggan makan dan sering meminta wang saku. Disebabkan rasa marah dan kecewa, suspek bertindak melakukan kekerasan,” kata Made.

Siasatan menunjukkan penderaan tersebut bermula pada Jumaat lepas dan berterusan selama empat hari sebelum mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah.

“Kami menuduh suspek di bawah Undang-Undang Perlindungan Anak bersama Undang-Undang KDRT yang memperuntukkan hukuman maksimum 15 tahun penjara,” katanya. -Agensi

 

Artikel Lain