suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Inspektor polis didakwa rogol wanita berulang kali! Tabur janji untuk kahwin, hadiah sebuah rumah agar mangsa tutup mulut

Mangsa rogol perlu segera membuat laporan polis. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita berusia 36 tahun mendakwa dirogol anggota polis berpangkat inspektor.

Menurut mangsa, dia berkenalan dengan lelaki itu ketika membuat laporan polis berkaitan pertikaian wang pada tahun lalu. 

Dalam pertemuan itu, inspektor berkenaan berjanji akan membantu mangsa mendapatkan kembali wang miliknya.

Sejak perkenalan itu, mangsa mendakwa dirogol berulang kali oleh pegawai polis berkenaan.

Tambahnya, lelaki itu turut mengugut untuk menyebarkan foto peribadinya.

Mangsa sebelum ini tidak membuat laporan kerana terpedaya dengan kata-kata suspek yang berjanji untuk mengahwininya.

"Dia meminta supaya saya tidak berhubung dengan sesiapa. Apabila saya tanya jaminan apa yang boleh diberi, dia berkata kami akan berkahwin secara sah. 

"Dia minta saya agar tidak ke mana-mana. Dia juga berjanji akan membelikan rumah untuk saya," dakwa mangsa.

Kes berlaku di Bengaluru, Karnataka, selatan India. -Agensi

Artikel Lain