suria

Influencer miliki 25,400 pengikut media sosial ditangkap gara-gara ambil ‘job’ promosi aktiviti perjudian

Seorang pempengaruh ditahan atas dakwaan mempromosikan aktiviti perjudian.

PIHAK berkuasa menahan seorang pempengaruh wanita yang didakwa mempromosikan laman perjudian dalam talian.

Suspek yang mempunyai 25,400 pengikut media sosial ditahan polis Indonesia di Hulu Sungai Utara, Kalimantan Selatan.

Suspek yang dikenali sebagai Nab, 22, didakwa menerima sejumlah bayaran untuk memuat naik video promosi aktiviti perjudian.

Menurut penyiasat, salah satu video itu memaparkan imej permainan kasino dalam talian. 

Polis berkata suspek menerima bahan promosi berkaitan perjudian melalui WhatsApp daripada individu yang menggunakan nama samaran “Queen Fanta Slot.”

Pegawai dari Unit Penyelidikan Jenayah Polis Hulu Sungai Utara dilaporkan menggeledah kediaman Nab, merampas telefon bimbitnya, pakaian yang didakwa digunakan untuk penggambaran, serta akses ke e-dompet dan akaun Instagram miliknya. 

Pihak berkuasa berkata Nab akan didakwa di bawah undang-undang perjudian dan transaksi elektronik Indonesia.

Hantaran video promosi perjudian itu didakwa dimuat naik pada September lalu. -Agensi

Artikel Lain