suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Adik kapak abang hingga mati, tak puas hati isu kos pengebumian bapa 3 tahun lalu

Pertengkaran adik beradik adalah lumrah dalam berkeluarga. -Gambar hiasan AI

SEORANG petani maut selepas diserang adik kandungnya sendiri berikutan pertikaian lama mengenai perbelanjaan pengebumian bapa mereka pada malam Rabu.

Menurut polis, insiden tragis itu berlaku sekitar pukul 11 malam dengan mangsa lelaki berusia 35 tahun dan adik lelaki iaitu suspek kes berusia 30 tahun.

Siasatan awal mendapati mangsa, Guneshram tinggal bersama suspek iaitu Kishanram serta ibu mereka.

Turut sama tinggal di rumah mereka di Kampung Nawatla, India ialah isteri dan anak-anak Kishanram.

Bapa mereka meninggal dunia kira-kira tiga tahun lalu, namun pertikaian mengenai kos upacara pengebumian masih berlarutan sejak itu. 

Difahamkan pada malam kejadian, isteri Kishanram berada di rumah keluarganya.

Polis berkata berlaku pertengkaran antara dua beradik itu sebelum bertukar menjadi pergaduhan.

“Dalam keadaan marah, Kishanram menyerang abangnya dari belakang menggunakan kapak dan mengenai kepala mangsa.

"Guneshram meninggal dunia di tempat kejadian, manakala suspek segera melarikan diri,” jelas seorang pegawai polis.

Pasukan Forensik (FSL) dan Unit Pemerhatian Bergerak (MOB) turut dikerahkan ke lokasi untuk mengumpul bahan bukti. -Agensi

Artikel Lain