suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Amukkan seorang pendidik! Rakaman cikgu tendang, tampar murid 9 tahun tanpa belas kasihan tersebar

Perbuatan guru memukul murid sekitar lapan bulan lalu tular di media sosial.

SEORANG guru ditahan pada Rabu selepas didakwa menyerang murid berusia sembilan tahun hanya kerana menggunakan telefon bimbit untuk menghubungi neneknya.

Guru berkenaan dirakam sedang menarik, menampar dan menendang murid dengan kejam sebelum menolaknya ke tanah walaupun kanak-kanak itu merayu meminta belas kasihan.

Insiden itu berlaku kira-kira lapan bulan lalu, namun ia terbongkar selepas rakaman video kejadian tular di media sosial dan mencetuskan kemarahan orang ramai.

Dalam video berkenaan, suspek dikenali sebagai Hiremath dilihat meneruskan serangan walaupun tangan murid tersebut sudah cedera.

Mangsa yang dikenali sebagai Tarun kemudiannya berpindah sekolah di Nayakanahatti, Karnataka di India.

Berikutan penularan video itu, Polis Nayakanahatti segera bertindak dan menangkap Hiremath di Kalaburagi.

Kejadian tersebut mencetuskan protes ibu bapa di hadapan sekolah yang menuntut tindakan tegas terhadap guru berkenaan.

Menteri Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan Kanak-Kanak Karnataka, Laxmi Hebbalkar  mengecam keras kejadian itu dan berjanji akan mengambil tindakan tegas terhadap pesalah. -Agensi

Artikel Lain