suria

Remaja 16 tahun tikam kawan lelaki, berang air kencing dicampur dalam minuman

Suspek baru berusia 16 tahun. -Foto Matichon

SEORANG remaja lelaki bertindak menikam rakan sekerjanya selepas mangsa didakwa memperdaya dirinya untuk minum air kencing.

Menurut suspek yang baru berusia 16 tahun itu, dia sering dibuli oleh mangsa di tempat kerja.

Kedua-duanya bekerja di sebuah pusat cucian kereta di Bangkok, Thailand.

Pada hari kejadian, suspek mendakwa mangsa mencampurkan air kencing ke dalam bekas minumannya.

Berang selepas mengetahui perkara sebenar, suspek kemudian bertindak menikam rakan sekerjanya itu.

Mangsa, lelaki berusia 25 tahun yang berasal dari Laos, dibawa ke Hospital Bang Na 1 dan disahkan mengalami luka tikaman di bahagian kiri badan, dekat tulang rusuk.

Remaja itu dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut, namun pihak berkuasa tidak mendedahkan butiran mengenai hukuman yang bakal dihadapinya.— Thaiger

 

 

Artikel Lain