suria

Isteri ditikam berkali-kali selepas beli daging pada harga diskaun… Suami tuduh berselingkuh dengan peniaga pasar!

Tawaran harga murah diberikan kepada pelanggan setia. -Gambar hiasan

AKIBAT cemburu membuta tuli, seorang lelaki sanggup menikam isterinya beberapa kali selepas mendapati wanita itu membeli daging di pasar pada harga murah.

Berdasarkan laporan, suspek berusia 30 tahun itu, pada awalnya berasa curiga dengan tawaran diskaun yang diperoleh isterinya daripada seorang penjual daging.

Perasaan cemburu membuatkan dia yakin bahawa isterinya menjalinkan hubungan sulit dengan penjual daging tersebut.

Susulan itu, dia merancang pembunuhan isterinya dengan menyembunyikan pisau di tepi laci katil.

Pada hari kejadian, perselisihan faham terjadi antara mereka yang seterusnya mendorong suspek menikam mangsa berkali-kali.

Kejadian dilaporkan berlaku di Jilin, China pada Mac lalu.

Meskipun mengalami kecederaan parah, namun mangsa terselamat daripada ajal dan kini pulih sepenuhnya.

Malah mangsa memaafkan suspek selepas mengambil kira hubungan suami isteri yang terjalin selama 30 tahun. 

Bagaimanapun suaminya dihukum penjara selama 10 tahun dan enam bulan kerana cubaan membunuh. -Agensi

Artikel Lain