suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jurutera mabuk rempuh pejalan kaki! Lima individu maut, dua lagi parah

Mangsa kemalangan maut diserahkan kepada keluarga. -Gambar hiasan

 

LIMA maut manakala dua lagi cedera selepas sebuah kereta yang dipandu laju merempuh sekumpulan pejalan kaki, pada malam Jumaat.

Kejadian dilaporkan berlaku di Agra, India

Menurut Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Shesh Mani Upadhyay, semua mangsa yang cedera parah dikejarkan ke Kolej Perubatan Sarojini Naidu.

Namun katanya, mangsa disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital.

Mangsa dikenal pasti sebagai Babli (33), Bhanu Pratap (25), Kamal (23), Krish (20) dan Bantesh (21). 

Siasatan awal mendapati pemandu kereta terbabit, Anshu Gupta (40), seorang jurutera yang bekerja di sebuah syarikat swasta di Noida dipercayai berada dalam keadaan mabuk ketika kejadian.

Menurut salah seorang saksi, kereta dipandu dalam keadaan laju sebelum melanggar pembahagi jalan sehingga terbabas ke tepi dan merempuh orang ramai yang berada di situ.

Dua lagi mangsa, Rahul dan Golu, kini dirawat di hospital. 

Polis mengesahkan pemandu ditahan dan kenderaan disita bagi siasatan lanjut. -Agensi

 

Artikel Lain