PENYAMPAI radio Sharifah Shahirah meluahkan rasa kecewa apabila anaknya, Airra Zulkifli, didakwa menjadi mangsa fitnah selepas selesai membuat persembahan di sebuah acara di Petaling Jaya, Selangor pada 15 Februari lalu.Shahirah atau mesra disapa Shiera, 52, berkata pada awalnya Airra, 19, hanya ingin mencuba peluang membuat persembahan bersama rakan-rakannya di acara berkenaan. Namun, isu mula timbul apabila deposit yang dijanjikan tidak dipulangkan dan individu terlibat didakwa memutarbelitkan cerita serta memburukkan nama Airra di media sosial."Bila semua dah selesai dan anak saya minta deposit, tiba-tiba individu tersebut pusing cerita, kemudian burukkan anak saya tanpa henti di IG.Perkongsian Shiera di Instagram miliknya."Dia ajak pula band-band lain 'berjemaah' kecam anak saya tanpa sebab. Hanya mungkin tak ada untung dan kami minta deposit, dia buat kecoh di media sosial," katanya ketika dihubungi mStar.Dalam pada itu, Shiera memberitahu dia sebenarnya tidak terlalu berkira soal wang deposit tersebut.Namun, apa yang lebih dikesalkan ialah cara perkara itu ditangani sehingga menjatuhkan reputasi anaknya."Saya tak kisah kalau tak dapat semula duit itu, tapi cakaplah baik-baik. Tak kisahlah kalau ada tiga orang penonton saja yang datang. ARTIKEL BERKAITAN: Ijoy tergelak dengar cerita tak bekerja, Shiera cuma harap suami disenangi orang sekelilingARTIKEL BERKAITAN: Auddra ‘kebal’ hadap kecaman netizen, Sharifah Sakinah yakin anak saudara boleh pergi jau"Tapi tiket sold out dan ada 150 penonton sampai tak ada yang jaga pintu dan orang masuk begitu sahaja. Anak (Airra) saya jarang bercakap, tapi kali ini dia memang bengang," ujarnya.Kongsi Shiera lagi, pada awalnya dia enggan campur tangan kerana menganggap ia sekadar hal anak-anak muda.Bagaimanapun, apabila namanya turut disebut dan keadaan menjadi semakin keruh di media sosial, dia merasakan perlu untuk bersuara."Saya sedang dalam perjalanan nak jumpa ibu bapa mereka, nak bincang secara baik. Dah nak Ramadan pun. Bukan nak cari gaduh. Kalau boleh, saya tak mahu viralkan.Shiera hanya mahu masalah ini diselesaikan dengan baik."Tapi perkara ini sudah dibawa ke media sosial jadi saya nak selesaikan saja masalah ini. Saya nak minta maaf kalau anak saya buat salah," katanya.Sebelum ini, Shiera memuat naik hantaran di Instagram mempersoalkan dakwaan seorang individu yang menuduh Airra mengambil wang secara tidak wajar selepas menganjurkan sebuah acara.Untuk rekod, Shiera mendirikan rumah tangga dengan Ijoy Azhari pada 2003.Selain Airra, Shiera dan Ijoy dikurniakan tiga lagi cahaya mata iaitu Airel, 22, Audra, 17, dan Adeena, 10 tahun.hJadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube