suria

Hawa Rizwana pilih ‘natural beauty’, tolak pembedahan plastik

Hawa tidak terfikir lakukan pembedahan plastik pada wajahnya.

PENGACARA dan pelakon Hawa Rizwana menegaskan dia tidak pernah terfikir untuk melakukan pembedahan plastik demi mengubah penampilannya.

Menurut Hawa, 31, atau Hawa Rizwana Ahmad Redzuan, 31, dia lebih selesa mengekalkan kecantikan semula jadi dan hanya memberi fokus kepada penjagaan diri secara konsisten.

“Pembedahan plastik bukan satu pilihan terbaik. Saya tak mahu ubah wajah hanya kerana standard atau komen orang.

Hawa selesa dengan kecantikan semula jadi.

“Saya cuma mahu tingkatkan apa yang sudah ada. Bagi saya, kecantikan itu tentang penjagaan yang konsisten, bukan perubahan drastik,” katanya kepada mStar.

Berkongsi lanjut, Hawa berkata sebagai individu yang aktif di media sosial dan sering berada di hadapan kamera, dia tidak menafikan penampilan sering menjadi perhatian ramai.

Namun kata Hawa, dia belajar untuk menerima setiap pandangan dengan cara yang lebih matang.

“Sebagai individu yang aktif di media sosial dan sering berada di hadapan kamera, saya tidak menafikan komen tentang penampilan merupakan satu cabaran yang perlu saya hadapi.

ARTIKEL BERKAITAN: Hawa Rizwana kecewa video bersukan dirakam tanpa persetujuan, siap disunting jadi tak senonoh

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen geli tengok Boss James ajak Hawa Rizwana ke rumah, dilabel lelaki ‘Red Flag’… “Gatal dan tak matang”

“Orang akan sentiasa ada pendapat tentang rupa kita. Kadang-kadang ia membina, kadang-kadang ia juga boleh menjadi tekanan,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Hawa yang juga merupakan duta kepada jenama rawatan kecantikan Estika Medispa melihat rawatan anti-penuaan moden sebagai langkah pencegahan yang bijak.

Menurutnya, rawatan tersebut membantu mengekalkan seri serta keanjalan kulit secara progresif dan selamat tanpa perlu menjalani prosedur pembedahan.

 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain