suria

“Jangan layan orang gila di Threads itu” - Intan Najuwa lapor polis

Intan tegas ambil tindakan terhadap individu yang menggangunya.

PELAKON Datin Intan Najuwa tampil membuat laporan polis selepas menerima gangguan daripada individu tidak dikenali. 

Intan atau Intan Najuwa Abdul Wahid, 29, meminta orang ramai agar tidak melayan sebarang kenyataan daripada seorang pengguna akaun palsu yang menggunakan namanya di aplikasi Threads. 

"Jangan layan orang gila di Threads itu. Saya sudah buat laporan polis, dan individu di sebalik akaun tersebut adalah lelaki. 

Akaun palsu yang menggunakan nama Intan. 

"Dia telah mengganggu saya selama berbulan-bulan," katanya. 

Intan menulis perkara tersebut dalam satu hantaran di Threads miliknya menjelaskan kekeliruan hantaran yang dibuat oleh akaun berkenaan. 

Tambahnya individu itu juga telah mendaftarkan beberapa akaun palsu bagi tujuan sama. 

ARTIKEL BERKAITAN: Intan Najuwa terima nasihat pakar sakit puan, tiada masalah hamil anak kedua… Sudah pulih selepas bersalin secara pembedahan 

ARTIKEL BERKAITAN: Intan Najuwa hamil anak kedua

Lebih teruk lagi, lelaki tersebut sanggup menghubungi sebuah pusat rekreasi berkuda kerana mengetahui keberadaannya di lokasi berkenaan. 

"Sampai satu tahap dia hubungi pejabat kelab polo tanpa henti kerana tahu saya ada di sana, hanya untuk ganggu saya. 

Perkongsian Intan di Threads. 

"Perkara ini berlaku hampir setiap hari. Jadi saya ambil keputusan biar pihak berkuasa sahaja yang atasi masalah ini," jelasnya. 

Terdahulu muncul sebuah akaun menggunakan nama @intannajuwadatin di Threads dengan memuat naik hantaran yang bercerita buruk tentang Intan dan suaminya, Datuk Asraf Azman.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain