suria

Lantang bersuara tegur nyanyian orang, Adibah Noor dah bersedia untuk dikritik - “Saya berani buat, kena berani terima”

Adibah Noor bersedia untuk diadili secara terbuka oleh juri profesional.

DIKENALI sebagai selebriti yang lantang bersuara, penyanyi Adibah Noor bersedia menerima kritikan daripada juri profesional apabila bersetuju menyertai program realiti Gegar Vaganza musim kelapan (GV8).

Menurut Adibah, 51, dia terbuka persembahannya di pentas nyanyian itu dinilai oleh juri-juri profesional seperti Datuk Syafinaz, Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang yang sememangnya mempunyai kredibiliti dalam bidang muzik.

"Saya terima dihakimi secara terbuka kalau saya berani buat saya kena berani terima. Kalau sebelum ni saya selalu jadi juri, lepasni saya kena terima tempat tu untuk dihakimi.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Kalau ikut hati nak betulkan seluruh ucapan tu!” - Adibah Noor sengaja cari salah ‘public figure’ guna bahasa Inggeris supaya viral

ARTIKEL BERKAITAN: Pembaca berita TV3 salah sebutan bahasa Inggeris, Adibah Noor ajar ‘pronunciation’ yang betul - “No offence... jangan marah okay!”

"Kalau misalnya yang mengkritik itu saya fikir tidak berada di tahap yang sepatutnya mungkin saya akan ambil acuh tak acuh. Tapi mereka (juri tetap) mempunyai kepakaran dan ada value dalam setiap komen yang dibuat," katanya kepada mStar.

juriDatuk Syafinaz, Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli M.S antara juri tetap Gegar Vaganza musim kelapan.

Adibah ditemui ketika sidang media GV8 yang diadakan di VE Hotel, Bangsar, Kuala Lumpur.

Tambahnya lagi, dia akan cuba menjadikan kritikan yang diterima sebagai proses pembelajaran dan membaiki setiap persembahannya.

"Orang tahu saya orang yang selalu protes, bising dan kuat complain.

Saya terima dihakimi secara terbuka kalau saya berani buat saya kena berani terima.

ADIBAH NOOR

PENYANYI

"Sekarang ni saya akan jadi anak murid yang baik, saya akan ikut dan cuba belajar. Kalau benda tu saya tak boleh ikut saya akan beritahu.

"Hati pun dah tebal sebab yang kritik tu kita kenal dan kita sanjung, mereka memang pakar dalam hal nyanyian," ujarnya.

Sementara itu, penyanyi lagu Terlalu Istimewa ini mengakui sekarang adalah masa yang sesuai untuk dia membuat kemunculan semula ke pentas nyanyian.

WhatsApp Image 2021-11-10 at 5.35.45 PMAntara barisan peserta Gegar Vaganza musim kelapan.

Akui rasa gemuruh untuk bersaing dengan peserta-peserta lain, Adibah berkata, dia menjadikan kerisauan itu sebagai satu cabaran.

"Saya akui peserta-peserta yang ada memang berpengalaman. Saya rasa kami akan bersaing secara sihat.

"Lumrah pertandingan memang ada menang dan kalah. Tak betullah kalau saya tak ada sekelumit harapan untuk menang atau berada tiga teratas.

"Tapi at the same time, kami semua kena reda apa yang terjadi nanti sebab ini pertandingan. Mental pun dah ready dengan apa yang berlaku," ujarnya

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Adibah Noor, gegar vaganza

Artikel Lain