suria

Oktovia Manrose minta jangan diskriminasi, vaksin hanya pilihan... tak wajib - “Bukan nak bergaduh tapi saya berjangkit daripada orang dah vaksin”

Oktovia mahu masyarakat menghormati pandangan dan pendapat orang lain.

KEPUTUSAN segelintir pihak memilih untuk tidak menerima suntikan vaksin Covid-19 atas pelbagai sebab menjadi topik perbualan hangat netizen di laman sosial.

Salah seorang selebriti yang turut tertarik memberi pandangan mengenai isu ini ialah pelakon Oktovia Manrose.

Oktovia atau nama sebenar Wan Syamira Putri Oktovia Wan Syahman, 30, berpendapat setiap individu mempunyai hak untuk membuat keputusan dan menentukan apa yang terbaik dalam hidup mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Tolak vaksin tapi nak hidup normal, Naim Daniel gelar ‘tak malu’ - “Memang pilihan tapi untuk jaga nyawa, ia jadi perkara wajib”

"Alhamdulillah Allah bagi mudah... semoga kita semua dapat hak masing-masing. Vaksin atau tidak divaksin... kita ada hak untuk teruskan hidup macam biasa, jangan ada double standard.

"Maksud double standard tu daripada kita sesama sendiri, janganlah sampai berpecah-belah kerana ada yang tak divaksin. Dia ada alasan sendiri kenapa tak nak vaksin dan kita kena hormat keputusan masing-masing.

oktovia 4

Oktovia memberi pandangannya berhubung isu vaksin.

"Vaksin tidak wajib dan vaksin bukan penentu kita sihat. Allah bagi sihat. Allah bagi selamat dan yakinlah pada Allah... jadi semua yang dah vaksin atau tidak, prosedur operasi standard (SOP) tetap kena jaga dan kita semua berhak hidup macam biasa. InsyaAllah," katanya.

Pelakon drama Cinta Tiada Ganti ini menulis pandangannya itu menerusi ruangan komen di Instagram @mstaronlineofficial pada Selasa.

Ia merujuk kepada artikel bertajuk “Siapa kata tanpa dua dos tak boleh dine-in” - Suami isteri anti vaksin tayang berjaya bawa anak makan di kedai, anggap Allah bagi mudah.

Dalam pada itu, kakak kepada pelakon Aprena Manrose ini menegaskan komen yang ditulis itu bukan bermaksud dia menyokong kumpulan anti vaksin.

Sebaliknya, dia hanya mahu masyarakat lebih terbuka menerima pendapat orang lain dan tidak berpecah-belah hanya kerana bercanggah pendapat.

oktovia 2

Oktovia memberitahu dia kini sudah berhijab penuh.

"Anti vaksin hanya untuk orang yang menghasut orang untuk tidak divaksin, adakah saya mengajak orang untuk tidak ambil vaksin? Tidakkan? Baca balik komen itu. Sekali lagi saya cakap vaksin tidak wajib, be open sikit.

"Kita semua sama-sama tawakal pada Allah. Vaksin atau tak semua berusaha tawakal pada Allah. Saya pun berusaha juga tapi vaksin hanya satu pilihan dan tidak wajib.

"Saya tak nak kita berpecah belah sesama Islam, cuma fahamkan kenyataan saya itu mengenai hak masing-masing. Saya bukan nak bergaduh... just to let you guys know saya berjangkit daripada orang yang divaksin ya, tapi Alhamdulillah 10 hari kuarantin (sekarang) sihat," katanya menjawab beberapa soalan pengikut mStar.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain